Seoul Central Mosque Dalam Kenangan | Kali ni tah mengapa mood aku sangat baik tetiba jer terasa nak berkongsi lak
kenangan aku di National Korean Mosque yang terletak di Itaewon , Seoul. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku berada di luar negara kerana urusan kerja selama sebulan.
 |
Sekolah pendidikan Islam turut dibina berdekatan masjid - Prince Sultan Islamic School |
Masjid di Itaewon ini aku rasa adalah masjid yang terbesar di Korea. Terletak diatas bukit, memang terasa juga pendakiannya tu, terutama setelah menapak dari subway Itaewon dengan jarak beratus meter gak la.
Sepanjang jalan (atas bukit) kita boleh jumpa banyak kedai dan restoran muslim yang diusahakan oleh orang Pakistan, Turki dan lain2. Menurut sejarah, masjid ini dibina sekitar tahun 1958/60.
Bila berada di Itaewon ni, ada dua perkara yang aku suka, pertamanya kebab Turki dan keduanya nasi arab yang berharga 5,000 won (dekat2 RM15.00). Bab2 kebab Turki pula, pehhh....aku sanggup beli sampai dua ketul beb, seketul berharga 3,000 won bersamaan hampir2 RM10.00.
 |
Ni la kodai kobab yang aku maksudkan itu |
Masa aku pergi kesana, yang menarik hati aku ialah pak imam yang berasal dari Indonesia. Malangnya aku tak sempat nak bertanya lebih lanjut dengan beliau. Pelajar Malaysia juga turut dikesan sewaktu aku bersolat disana (sorang jerr)
 |
Dalam bangunan tu adalah ruang untuk wudhu - sebelah kanan masjid |
Masjid Itaewon ni menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat Islam, bahkan para pelancong dari luar dan dalam negara Korea sendiri. Sama seperti di masjid Putrajaya, pelancong bukan muslim perlu mengikut peraturan yang telah disediakan oleh pihak masjid, dan tentunya waktu melawat itu diluar waktu solat. Btw, aku rasa kebanyakan orang disana jenis yang tiada agama - atheis, base on rakan2 Korea aku sendiri.
 |
Pelancong dari Korea sendiri turut melawat masjid Itaewon |
Aku pergi ke Korea pada bulan November 2007, masa tu musim daun2 dah start luruh, pemandangan daun yang bertukar warna kekuningan dan kemerahan memang sangat cantik dan menarik bagi aku, maklum la pertama kali dapat tengok live, ha3x!!!
 |
Ruang dalaman Masjid Itaewon |
Suhu boleh tahan jugak sejuknya, adakala mencecah 0 darjah C walaupun disiang hari. Time tu, terasa betapa nikmatnya la kalau dapat berjemur macam di Malaysia...he3x! Manakan tidak, ambil wudhu pun mak aih....sejuknya terasa sampai ketulang.
Paling best bagi aku masa kat sana ialah waktu siang yang pendek. Jam 5.30/6.00pm je dah macam 7.30 malam kat mesia. Klau bulan puasa, sah2 dah berbuka awal...ha3x!!!
 |
Ihsan rakan aku |
Rasanya cukup takat ni dulu kot aku kongsi kenangan aku. Insyaallah ada masa aku cerita lagi pasal Korea. Sebulan duduk sana aku rasa macam dah setahun. Isk..isk..isk.....time tu rindu bebeno aku ngan makanan Malaysia.
Seoul Central Mosque Dalam Kenangan
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
Recommended Posts
Lotus Renault Grand Prix melawat PROTONPembabitan Proton menerusi anak syarikat Lotus di UK telah membuka sejarah baru dalam industri automotif terutamanya Proton. Biarpun berdepan sedikit masaalah di mahkamah dengan Lotus Racing, ianya b ... readmore
Tawau, Here we come!!Jam 1 petang, 5 July 2011. Aku, Riezjl, Hen dan wife dia dah ready nak bergerak ke LCCT. Flight kami lebih kurang jam 3.30 petang. Haji Hakim jadi drebar kita orang. Janji manis penuh dengan harapan ... readmore
Wordless Wednesday - Kenanganku/Meet the parents.. ... readmore
Demam la plak..Baru je semalam anak aku yang kecik tu kebah dari demam. 5 hari, boleh tahan jugak meragam si Akid nih. Nak buat camne, bebudak kalau sakit, banyak le kerenahnya. Cirit birit, merah kat kerongkong, m ... readmore
Paintball Bukit Cerakah - 28-01-2012Dah lama tak main paintball. Yeahhh, esok aku ada game Paintball kat Bukit Cerakah. Bayar rm 100 dapat pallet 500 biji, main sampai muntah makan tengahhari disediakan...minum selagi larat.. Bab2 equi ... readmore
fiezaradzi · 634 weeks ago
My recent post Khalifah Pertama
TehR · 634 weeks ago
memang boleh rindu dengan nasi lemak tu
nasib tak sangkut awek korea
hehe
My recent post Pantun Gelisah
Izzuddin Fauzi · 634 weeks ago
My recent post Awek Impian
Yastro 119p · 634 weeks ago
Yastro 119p · 634 weeks ago
Denaihati · 634 weeks ago
Yastro 119p · 634 weeks ago
donnyien · 634 weeks ago
Yastro 119p · 634 weeks ago
UmmiKami · 634 weeks ago
Bila tengok gambar-gambar kat sini, rasa macam nak gi sana dah.. :D
My recent post Pantun Lembab Dan Lembap..
Yastro 119p · 634 weeks ago
akubiomed · 634 weeks ago
My recent post Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
Yastro 119p · 634 weeks ago
kakmahh · 635 weeks ago
My recent post Bukit Bendera ,Pulau Pinang
Yastro 119p · 634 weeks ago