Apple saman Samsung, Samsung saman Apple..

on 23 April 2011

Setelah timbul kes Apple menyaman Samsung kerana isu ciplak Ipad buatan mereka, kini Samsung pula membalas dengan saman balas keatas Apple. Macam2 boleh jadi sekarang woo...Asal silap sikit pun boleh timbul isu saman menyaman nih. Jangan kata kat luar laa...tengok je situasi kita kat sini pun dah cukup. 
Tapi gua rasa baik kita abaikan je laa...buat pening jerr..tambah lak isu ni tak de kaitan pun dengan kita. 
Dari dok pening2 kepala ngan isu tu, apa kata kalau kita layan yang nih... ipad2 "free", Amacam suka?? Tak payah la nak risau bab2 saman menyaman nih...hehehe.
Sentuh sikit tentang Denaihati, (err..iklan jap nooo) hari ni Denaihati ada buat satu entri, "Mengapa suka melawat 5 blog ni"
(klik pic)
Gua quote sikit ayat dia,
"Aku mohon jasa baik boleh tak teman blogger senaraikan beberapa sebab kenapa anda kerap melawati blog tertentu adakah kerana mereka tu popular jadi anda pun nak tumpang popular, adakah menulisan mereka bagus jadi ketagih nak baca next entri atau mungkin kerana blog mereka simple tak ada lagu dan laju loading atau apa ya??? Joom kongsikan kenapa dan mengapa anda kerap melawat sesuatu blog dan ini mungkin boleh membantu teman-teman blogger meningkatkan prestasi blog mereka berdasarkan kehendak pembaca …. mungkin."
Jadi, kepada geng2 yang dah join entri 5 blog paling kerap dilawati, sila la buat entri mengapa anda kerap melawat blog pilihan anda itu. Gua harap ianya tidak membebankan. Stop. Okeh, kita teruskan dengan tajuk  entri tentang saman menyaman nih.
Apple Saman Samsung Kerana Galaxy
SAN FRANCISCO: Apple - syarikat komputer gergasi Amerika yang menghasilkan tablet iPad dan telefon pintar iPhone telah memfailkan saman ke atas Samsung dengan mendakwa firma IT dari Korea Selatan itu menghasilkan Galaxy Tab dengan meniru produk mereka. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Daerah California Jumaat lalu.
Akhbar The Wall Street Journal berjaya memperolehi dokumen saman setebal 38 mukasurat itu yang antara lain menyatakan bahawa Apple mendakwa Samsung telah meniru rupa bentuk, reka bentuk produk, pembungkusan dan aplikasi penggunaan sama sepertimana produknya iaitu tablet iPad. Apple juga mendakwa Samsung telah mencerobohi beberapa paten dan tanda niaga yang biasa digunakan oleh Apple.
"Daripada melakukan inovasi dan membangunkan teknologinya sendiri untuk produk telefon pintar dan komputer tabletnya, Samsung memilih untuk meniru teknologi yang telah digunakan oleh Apple," kata kertas pertuduhan yang difailkan itu.
Komputer tablet Samsung - Galaxy Tab - merupakan pesaing nombor satu kepada produk tablet Apple - iPad. Kedua-duanya menguasai pasaran dalam teknologi sesentuh paparan
Samsung mulakan saman balas  terhadap Apple
SEOUL - Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.
Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.

Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa
gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.
Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.

Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. - Reuter
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
haha...lantak dorang la nak gadoh...aku pilih yg murah dan ade kualiti...
x kira ar sape tiru sape...
haha...
My recent post 2011-04-26-Schalke 04 0 - Manchester United 2-Champions League
ini nak join kes Group Lotus dengan Team Lotus ke ni... he3! tapi apa-apapun aku rasa apple dah lama tampilkan teknologi sckrin sentuh ni. namun tak semestinya orang lain tak boleh buat kan? kalau dia kata samsung tiru, maknanya semua syarikat henphone pun turut sama meniru lah..
My recent post Tutorial Cut Objek Dalam Gambar Dengan Adobe Photoshop
entah siapa yang betul ni..
My recent post Aksi Baring- Potong & Tangkap
hohoho.... saman menyaman mcm kes
tok ti dgn tok pah...

aku lebih pilih galazy dari ipad.. lebih kemas
My recent post Negaraku vs terang boelan
1 reply · active less than 1 minute ago
opppss... correction.. GALAXY
My recent post Negaraku vs terang boelan
saingan kekadang hebat kekadang blh wat gaduh atau pecah belah huu
Ini baru betul gajah lawan gajah. Nasib baik tidak ada si kancil di celah2.
My recent post Susulan Kebakaran Gerai Makan Greenwood
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 135lc dan penjagaan

Honda ex5 dan Honda wave

uihhhhh alahai ni semua konspirasi kut saman-saman masing masing dapat untung gak..... kau saman aku pastu aku saman kau pulak..... eeemmmm untung-untung
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
aku harap dua akan menang
haha
1 reply · active less than 1 minute ago
siapa pulak yang akan kalah?
My recent post Aksi Baring- Potong & Tangkap
kita tengok je siapa yang menang...masing2 ada kepentingan perniagaan..
saman jangan tak saman... gaduh lagi hahaha..
My recent post People Love Fighting
1 reply · active less than 1 minute ago
duti klr masuk semua tak rak maslh huuu
sekarang ni Ipad tengah hot macam goreng pisang panas sebab itu masing-masing nak pertahankan produk masing-masing...
My recent post Rakan sekelas yang mencuit hati
sy ada bt 5 senarai tu rasanya dah ada sb mgpa saya kesana heeee..sesekli mau gak tukar ke blog lain pula utk tmbh kawn2 baru heeee
1 reply · active less than 1 minute ago
Hehehe...sama la kottt... xD
tak suka saman nak jejak court saya tak suka walaupun bekeja bhgn hartanah huuu bosan ke sana huuuu....
wohooo pakat saman menyaman ni, kawan tu kata dia tiru kawan ni balas balik hehehe..
semua pakat nak bersaing
My recent post Maharaja Lawak Jambu Minggu ke 4 hehe!!

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved