ANTARA GAMES YANG MENGHINA ISLAM

on 05 Jun 2011

Info ni aku dapat dari Tranungkite Online, btw aku sebenarnya bukan lah peminat games. Jadi sebenarnya aku tak berapa pasti corak games yang disenaraikan dibawah ini. Apepun entri ni hanya bertujuan berkongsi maklumat sahaja.


Satu masa dahulu, aku pernah juga "gila" pada satu games (masa bujang yoo), rasanya sumer tau kot tentang game ni......Starcraft. Yup. Starcraft...aku masih ingat, time tu aku tak de pc lagi, jadi dok layan dengan kengkawan aku kat cc (Cyber cafe) je laa..5/6 jam layan games kat situ dah jadi perkara biasa...he3X!!  Bila bercerita tentang games nih, teringat aku pada satu negara yang memang gila kat permainan Starcraft ni..Korea. Kat sana sampai ada team yang ditaja korporat besar semata mata nak layan games ni ....Namun begitu, pada pandangan aku ada diaorang ada sebab tersendiri kenapa derang masih layan strategik games tu ...Opss...tak yah bebanyak citer pasal Starcraft.


Berbalik kepada entri asal iaitu "antara games yang menghina islam" satu je pesanan aku kat kalian....Buat kengkawan yang beragama Islam, seandainya korang salah sorang diantara ribuan peminat  games kat bawah ni...sebaik2nya korang berhenti je la dari main games tu. Banyak lagi games yang boleh korang layan. Jangan terlalu taksub sangat dengan games tu sampai keluar isu2 camni korang masih buat "dekk" je. Meh la kita sesama boikoit games yang dah disenaraikan dibawah ni...
(Andainya ade rasa was2 didalam hati kamu...maka meninggalkannya adalah jalan yg terbaik)

1. DevilMay Cry
2. Clive Barker Undying
3. Zack and Wiki
4. Prince of Persia
5. Counter Strike Condition Zero deleted scene
6. Stronghold Crusader
7. Guitar Hero 3 Legends of  Rock





1. DevilMay Cry yang menghina Islam

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.




Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.





Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.


Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:


"Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain."

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia



Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak menyedari kalimah Allah SWT ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
Ranking: 5

Comments (47)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
inilah cabaran ibubapa alaf baru...mendidik anak2 supaya pandai menilai...kalau ibubapa pn xtau nk bukak game..camne nk tahu ni semua..
1 reply · active 676 weeks ago
Kalau ibubapa sendiri tak tau nk bukak games tak pe lagi...cuma kena ambik tahu la info2 begini...baru la tahu games mana yg baik atau sebaliknya
wahhh ada-ada saja nihhh....
ada saja orang yahudi untuk melecehkan agama islam.
My recent post Obat tradisional nyeri haid
Che... Tak sangka aku patutlah hati aku langsung tak berganjat nak main devil may cry tu(pun ade gak main sekejap kat intro, pastu tak main dah) rupanya allah yang tolong aku dari menemukan hal ni.. alhamdulillah <_<
Kes guitar hero lak mmg nak main gak, tapi ntah langsung tak dapat nak main(sebenaryna aku minat main gitar tapi taklah hebat sgt :P) rupa-rupanya ada sebab. :o
game yang lain tu mmg tak minat lah nak main..
2 replies · active 690 weeks ago
Alhamdulillah bro...mungkin tuhan masih sayangkan bro dan jauhkan bro dr melakukan sesuatu yg mungkin bro sendiri tidak sedari...
Waaa...bro peminat anime yerr?? Anime Jepun mmg best giler...cun x henggat, aku pun minat jugak, tapi mungkin kurang sikit la kot.. :)
Jahat bebeno la org kafir ni,dok hina islam knp?nk masuk neraka masuk la ni nk hina islam agama suci,yg x hina pn agama diaorang..jd elak la men game tu sume..
Lagi sedih saya terbaca peluru yang membunuh Osama telah diselaputi minyak babi. Kurang ajar betul mereka ini
3 replies · active 721 weeks ago
Yup...sy ada jg membaca ttg perkara tsb...kononnya utk militan islam supaya mereka x dpt dekat dgn tuhan...
Tp mereka silap...
benar ker bro Ab & yas..

ger..rasa nak bakau je dema2 kuncu2 jahat ni..
yup...konon2nya peluru tu digunakan US army khas utk "militan islam" jee.... :@
Lagi baik kalau tak main langsung. Selamat dari mengaibkan agama sendiri
My recent post Kejutan kad kredit
1 reply · active 721 weeks ago
Setuju tu bro...
Kawe ni mmg dah tak main games langsung, so tak tahu sgt perkembangan games. Tapi apa yg berlaku mmg tak menghairankan sbb banyak games ni dicipta oleh musuh Islam.. org islam tau main jer... Kalau tak di cyber cafe .. di opis di FB he he.. jgn mare ehhhh...
My recent post Photography v Photoshop
3 replies · active 721 weeks ago
Hehehe...betul tu bro...masaalahnya bila dh jadi melekat mmg susah nak buang woo..

#Ade member aku, kejenya main tagged jerr...penat aku tgk...tp klau aku cakap...ko pun ape kurangnya...main blogg jee..."samee jeeee..."
He he mana sama bagi tahu dia. Blogger kalau tulisannya bersifat nasihat dan pengetahuan menyumbang pada masyarakat... Gamerz mana ada ehhh..
My recent post Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari
Dh jeneih "ketegaq" (org kedah cakap)...susah bro, dh tu dia otai lak tu...
senyap jer laa...maleh nk layan bertekak... :$
sebelum ini sy tidak terfikir pun tapi bila bro yas dah singkap satu persatu baru satu tahu...
1 reply · active less than 1 minute ago
Artikel "pinjam" je suri....huhuhu
memang dari dulu dan sampai skrg mereka tdk akan berhenti menyesatkan kita semua...maka berhatilah dlm setiap apa yg kita beli, baik makn pakaian mahupun minuman kita sebenarnya terdedah pada anasir jahat tu..
1 reply · active less than 1 minute ago
Agenda derang mmg gitu dah...kita je yg mudah ngat terikut2 rentak derang tu....(termasuk aku gak la nih...huhuhu)
tergamaknya dema buat begitu menghina islam sesuka hati..uh...geramnya....
fuhhh, teruknya. banyak gak game aku tak tahu..maklumlah..bukan kaki gamerz lagi..
My recent post The Invigilator
1 reply · active less than 1 minute ago
Maknenya dulu ko pon kaki game gak ke bro?..
Tp skg udah okeh....aku pun nak jadi "kaki yg sama dgn ko nih"...hehehe :)
nasib baik starcraft xde.huhu...minat gak starcraft ni.huhu...

tpi dlm list yg menghina islam tu. ada gak yg aku penah main.prince of persia tu aku baru lagi main.skang ni x main kes xtau nak smbung camne...
kalau devil may cry tu, hajat mmg nak main.tpi kalau nak main game tu kene ada graphic card yg tinggi.tu pasal aku x main...
yg guitar hero lak...aku penah main gak...yg 2nd rasanya.mmg cool...tpi xtau lak dorang wat dajal kat agama kita...

tq info ni.akan berhati-hati di masa mendatang... :)
My recent post Rekod Perkahwinan Pelik &amp Bodoh
1 reply · active 721 weeks ago
Hehehe...aku pn dh lama x main s/craft nih...x sangka yg ko pn minat games jugakk..

Aku harap ko tinggalkan je la game2 yg dh disenaraikan tu..sebelum ni x tau..kire x pe laa...
Thanks gak apan.... :)
Banyak lagi game yang menghina Islam ni.
Total War pun sama gak. Ni cara yahudi nak menjatuhkan Islam.
My recent post Chinese and Malay bloggers cannot mix
1 reply · active 721 weeks ago
Thanks de info...
kerajaan pun payah nk sekat isu2 camni...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

Jom Terjah entry terbaru ??
modifikasi proton satria

aku pernah terbaca juga artikal ni... so berhati hatilahhh ramai orang asing yang sedang cucuk jarum kebencian pada islam secara halus.... yupppp penghinaan yang amat melampau...
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
1 reply · active 721 weeks ago
Diharap org2 islam tidak terpengaruh dgn dakyah jahat mereka....rasanya mende2 camni akan bertambah banyak...derang x peduli pun apa kata org islam...
senang cerita
tak payah main je
memang buang masa
My recent post Juara Piala FA Malaysia 1990 – 2011
2 replies · active 721 weeks ago
ya, baik kita buat perkara lain yg mendatangkan faedah lagi bagus :) pahala pun dapat heeee
Yup...paling sempoi...x yah main games...kebanyakkannya hanya melalaikan jerr
boikot je game2 mcm nih....anyway thx for the info....
1 reply · active 721 weeks ago
Thanks bro....
Thanx for the info... sekarang ni semakin banyak games yang menghina Islam, bahaya betol.. takot remaja, budak2 terpengaruh.. yang dewasa pon ada ...
1 reply · active 721 weeks ago
Org tua kene ambil peranan dlm hal nih...kene pantau apa yg anak2 buat...
Tp kalau dh dewasa, buat x endah ttg isu cmni...nak kata apa lagi...
Boikot games yang biadap itu..

Tikus gergasi
My recent post Hotel Gantung
1 reply · active 721 weeks ago
Yupp...jom boikot
Ini semua unsur2 menghina Islam dari Yahudi laknatullah.
3 replies · active 721 weeks ago
Setuju juga ngan Pak Mail...
setuju
depa ni buat mcm2 secara terang2 atau halus
My recent post Video Maharaja Lawak JAMBU Minggu ke 10 Pekak
Zaman la ni mmg susah kita nak elak dr unsur2 yg dtg dr mereka, namun biasanya kita masih ada pilihan...
# Sedih sejak 2/3 ari ni...kes2 yg x munasabah berlaku dikalangan masyarakat kita...apa nk jadi x tau laa...
sungguh biadap.
My recent post Bila Magician Dapat Ipad
1 reply · active less than 1 minute ago
Dasar barat yg sememangnya nak menjatuhkan islam...
saya kalau bukak laptop selalu main games chess dgn minesweeper ja..tu pun jarang.
takdak masa la nak main.baik Blogwalk..
hehe
My recent post teknik menarik pembaca ke blog
1 reply · active less than 1 minute ago
Satu ketika dulu sy pn gitu jugak..tp time tu mmg x tau apa pasai pc nih...tu yg dok layan game cm tu jerr.. :)

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved