IKLAN ADMAX - USAHA AKU, BUAT KALI YANG KE 2

on 16 Mac 2012

ADMAX_PENGIKLAN_YANG_AKU_CUBA_KALI_KE_2

IKLAN ADMAX - USAHA AKU, BUAT KALI YANG KE 2 ! Sebelum ni aku dah cuba apply iklan Admax kat derang. Tapi sampai sudah, senyap jee..dan kali ni adalah usaha aku buat kali yang ke 2 untuk cuba beriklan dengan Admax nih. Tak tau la lepas ke tidaknya...Siapa tahu tentang Admax? Mungkin boleh cerita sikit kot...Okey, kat bawah ni aku copy info tentang Admax ni dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Komli Media, sebuah syarikat gergasi dalam teknologi media di Asia-Pasifik mengumumkan pengambilalihannya ke atas Admax Network yang juga rangkaian iklan atas talian terbesar di Asia Tenggara. Melalui operasi harian Admax yang merangkumi enam pasaran dunia yang bertumbuh pesat pada masa kini - Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - membolehkan capaiannya mencecah lebih daripada 90 juta pengguna internet serantau. Pasaran pengiklanan atas talian di Asia Tenggara dianggarkan berjumlah kira-kira AS$250 juta hingga AS$300 juta dan sedang berkembang pada kadar 30 hingga 40 peratus setiap tahun.

Pengambilalihan ini bukan saja membolehkan Komli Media memiliki rangkaian penerbit yang paling besar dan berbeza di rantau Asia Tenggara, merangkumi 4,600 laman web setempat dan antarabangsa, malah memiliki jalinan perniagaan eksklusif Admax dengan Facebook di Thailand, Indonesia dan Filipina dan MSN di Thailand. Secara langsung ini membolehkan Komli memiliki capaian tertinggi terhadap pengguna internet Asia Tenggara dan akses kepada laman-laman bahasa tempatan yang berpengaruh di rantau ini.

Lebih-lebih lagi, pengalaman kakitangan Admax dan hubungannya dengan lebih daripada 350 pengiklan premium seperti Sony, Citibank dan Blackberry akan memperkuatkan kehadiran kepimpinan Komli di rantau ini. Melalui pengambil alihan ini juga, Admax akan mempunyai akses ke atas teknologi terkini Komli Media yang mempunyai pelbagai penyelesaian dari segi paparan, telefon mudah alih, video, rangkaian sosial, simpanan data dan iklan kata carian. Usaha terbaru Komli yang memberi penyelesaian teknologi terkini adalah Real Time Bidding (RTB) yang membolehkan pembeli iklan media menilai, membida dan membeli inventori iklan dalam talian, berasaskan setiap iklan dilihat/tanggap pada dasarnya.

Usaha ini memberi kesinambungan yang baik melalui pangkalan data terkumpul untuk mencapai audiens sasaran dengan tepat di mana kebanyakan rangkaian iklan gagal berbuat demikian.

“Pertumbuhan kami yang konsisten telah meletakkan kami sebagai sebuah organisasi di kalangan syarikat yang terbaik dalam industri pengiklanan digital di Asia Pasifik.

“Ini pengambilalihan yang penting untuk Komli Media; Admax memberikan kehadiran yang amat teguh dalam pasaran utama seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand, yang menunjukkan pertumbuhan yang paling pantas di dunia. Kami amat gembira dapat mengumpulkan kepakaran kami, membolehkan organisasi bergabung untuk muncul sebagai organisasi yang paling berpengaruh di rantau ini,” kata Ketua Eksekutif (CEO) Komli Media, Prashant Mehta.

“Komli Media yang kini berada di barisan hadapan dalam membawa penyelesaian yang amat memberangsangkan ke pasaran digital membuatkan kami amat teruja untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan mereka. Kami amat kagum dengan teknologi RTB, paparan telefon mudah alih dan video untuk memberi lebih nilai kepada rakan niaga kami dan memantapkan lagi kedudukan kami di Asia Tenggara,” kata CEO Admax Network, Mathew Ward.

Akshay Garg, Pengasas Bersama dan Naib Presiden, Komli Media antarabangsa menambah, “Kami amat teruja untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan Admax yang dinamik dan percaya bahawa terdapat persamaan budaya yang amat kukuh di antara dua syarikat kami. Dengan pengalaman yang amat unik dalam kebanyakkan syarikat media dan teknologi pada peringkat global, pasukan Admax akan memperkukuhkan kedudukan kompetitif Komli Media di rantau ini.”

Komli Media akan menggabungkan pasukan Asia Tenggaranya yang ada sekarang dikenali sebagai Aktiv Digital dengan pasukan Admax di bawah satu organisasi iaitu Komli Media. Kekuatan kedua-dua syarikat ini akan meletakkan Komli Media dalam kedudukan baik untuk berkembang pesat di rantau ini. Dengan pengambilalihan ini, Komli Media akan bertambah kukuh dengan memiliki seramai 400 orang kakitangan yang akan menyediakan khidmat kepada lebih daripada 1000 pengiklan yang aktif di seluruh Asia Pasifik dengan capaian kepada lebih 150 juta pengguna internet yang unik menjadikan Komli Media sebagai rangkaian media yang paling besar di rantau ini.


# Kalau ada kengkawan lain yang dah cuba apply dengan Admax ni..boleh la kongsi pengalaman yerr..nak2 yang dah lepas/dapat beriklan dengan Admax nih.Tq.

Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
cube apply gune link komli sbb admax dh diambil alih oleh komli..rsanya blog awk ni memenuhi syarat..cube la :)

My recent post Permohonan Komli @ Admax Diterima
1 reply · active 628 weeks ago
Insyaallah nanti mohon kembali....thxs sara
Admax ini banyak kempen tapi kempen kurang run kat website pun...tapi paultan mmg selalu keluar iklan admax
1 reply · active 652 weeks ago
aku dh malas nk care lagi ngan iklan ni dah...lantok dia laa...hehehe pilih bulu jerr... :D
Ape cite..dah berjaya daftar ke blom..aku pun baru je submit application tadi..harap2 berjaya la..
My recent post Bumi Armada was Awarded US$200m Russian Deals
1 reply · active 664 weeks ago
Baru tadi submit membership form kat derang...tgu langkah selanjutnya pulak.. :D
dah lama admax ini Malaysia Entertainment Network dah guna admax lebih dari 3 tahun :)
1 reply · active 668 weeks ago
Apa syarat utamanya bro? Trafik atau camne? Ingatkan baru je...
eeemmmm kalau bagus apasalahnya mencuba benda baru aku pun baru tahu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip jumping bateri kereta kong

My recent post Tip-tip Jumping Bateri Kereta Kong
1 reply · active 668 weeks ago
Betul tu bro...
aku pun ade apply sampai skrg senyap jugak.. rasa nya gaya cam dia cek manual cam innity
My recent post Seminar WordPress oleh Akademi Denaihati
1 reply · active 668 weeks ago
Tu la bro...tunggu seminggu lagi, pas tu aku akan cuba sekali lagi...klau senyap jerr mmg x de la aku nk apply lagi dahh
Kali pertama ni aku dengar nama admax ni

My recent post 10 Sebab Manusia Sedia Bertanding
1 reply · active 668 weeks ago
Aku pun baru dlm 3 minggu terjumpa ads nih...
My recent post SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
opppss!mmg takde pengalaman langsung ngan nih.huhu
1 reply · active 668 weeks ago
x pee...at least dh tahu dah kan... :D
My recent post SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
Tidak pernah dengar nama Admax sebelum ini.
My recent post Video promo Proton P3-21A
1 reply · active 668 weeks ago
Bagi blogger di Malaysia mungkin admax belum cukup popular lagi kot...
My recent post SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved