Anda seorang penggangur?

on 04 Jun 2011

Adakah anda masih lagi bergelar seorang penggangur setelah sekian lama? Gagal mencari kerja biarpun mempunyai kelulusan yang tinggi? Hehehe...jangan bimbang, sekarang ni dah ada cara terbaru untuk anda mencari kerja, serius....

Daripada melabur RM anda tu tak tentu hala, Aku rasa ada baiknya korang tiru je cara terbaru mamat kat bawah ni dalam mencari kerja. Just guna teknik yang sempoi jerr...Err..tapi sebelum tu nak tanya dulu.....korang dah baca Kosmo hari ni belum? (takot kantoi la plak)

Tak yah citer bebanyak, meh kita terjah cara terbaru mamat ni dalam mencari kerja....

Guna papan iklan minta pekerjaan


 

FEILIM MAC AN IOMAIRE berdiri di depan papan iklan yang mempromosikan dirinya yang meminta pekerjaan di sebatang jalan raya di Dublin, Ireland kelmarin.


DUBLIN - Seorang penganggur, Feilim Mac An Iomaire kini memperoleh puluhan tawaran temu duga selepas dia membelanjakan £1,700 (RM8,379) untuk memasang papan iklan besar di sini yang mengandungi mesej meminta diberikan pekerjaan bagi mengelak dirinya berhijrah lagi.
Lulusan Universiti National Ireland di Galway itu menjadi perbualan ramai di laman Twiter dan Facebook selepas papan iklan tersebut dipasang di sini.
Dia kembali ke Ireland pada Ogos 2010 selepas setahun bekerja di Australia sebagai ejen pelancongan dan penyelaras majlis di sebuah hostel di Sydney.
Namun, dia kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan disebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Ireland iaitu hampir 15 peratus.
Dia tinggal bersama ibu bapanya dan mendapat bantuan kebajikan £160 (RM788) seminggu.
Perasaan kecewanya itu kemudian bertukar menjadi sumber inspirasi untuknya menghasilkan papan iklan tersebut.
Pada April lalu, dia membeli beberapa gambar dari sebuah agensi Indonesia, mencari pelukis pereka grafik dan jurugambar tanpa dikenakan sebarang bayaran dan berbincang dengan sebuah agensi pengiklan terbesar untuk medapatkan ruang memasang papan iklannya.
Papan iklan itu di sebatang jalan raya di sini telah menarik perhatian ramai kerana dianggap sebagai idea pemasaran diri yang terbaik.
Dia kini berharap akan memperoleh pekerjaan menjelang akhir bulan ini selepas menerima puluhan tawaran temu duga. - Agensi


# Amacam sempoi tak? Tapi ade ke orang kat sini yang nak tiru cara mamat ni? Bukan ape, takut duit habih kerja tak dapat...maklumla budaya kat Mesia ni tak sama dengan budaya org putih nuu....
(Silap2 kene saman ngan PBT jerr..hehehe)

# Entri maleh dari aku nih....hehehe
Ranking: 5

Comments (31)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
silap haribulan org akan bgi surat kat sapa2 jer dgn mana2 org awan yg dia jumpa..mana tahu dam 100 org beri surat 10 oeg akan panggil dia temuduga heeeee
1 reply · active less than 1 minute ago
menarik gak idea suri tu..tp yg nyata 90 lg tu dh tentu kedlm tong sampah laaa....
:)
heeee..sabar jelah....

mmg makinmaju maki kreatif org cari keje...tak blh cara tu cari lain plk org guna geeeee
1 reply · active less than 1 minute ago
Ikhtiar utk hidupp suri...hehehe
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

Jom Terjah entry terbaru ??
modifikasi proton satria

yuppp aku pernah menganggur 2 tahun tapi tak pernah terfikir nak buat cam ni
Hmmmm... duit iklan tu boleh lepas 3 bulan makan dia he he.. atau buat modal online biz kot? :D
My recent post Apakah JawapanMu
1 reply · active 721 weeks ago
Yup bro...banyak gak modal dia tu...klau x de org nak ambik dia keje,tak ke nyaya jerr. :)
kalau iklankan dalam blog atau facebook pun ok juga tu
tapi mamat tu memang aku tabik la
3 replies · active 721 weeks ago
Buat permulaan mungkin idea ko ni antara yg terbaik bro.... :)
iklan kat mudah.com atau Google adwords he he :D
susah2 lelong diri kat eBay :wink:
My recent post Apakah JawapanMu
Hehehe...bape darham nak letak tu bro?
Tetiba teringat kt citer P Ramlee lakk..hehehe
Sudahlah menganggur kena keluar duit lagi untuk buat iklan. Tidak ramai yang sanggup buat macam lelaki tersebut biasanya di Amerika mereka akan mengantung iklan pada badan
1 reply · active less than 1 minute ago
hehehe...paling simple dan tak kuar modai...
wahh ni keje cari orang le nih..untung kalau kerja datang cari orang hehe
My recent post Video Maharaja Lawak JAMBU Minggu ke 10 Pekak
1 reply · active less than 1 minute ago
Hehehe...new concept....
Nak cari RM cari orang lakk...hehehe...ade ke?
time aku menganggur dulu x penah lansung tepikir nak wat gini. kalau x da lame ak femes cam dia ni.huhu...bagus la tu.tahap pemikiran org sane menerima cara mamt ni.tpi kat sini, xtau ar...
My recent post Rekod Perkahwinan Pelik &amp Bodoh
1 reply · active 721 weeks ago
Kalau ko buat iklan camni dulu, aku rasa ko dh x kenal blog kot...hehehe
Tp tang idea dia dan diterima org2 sana mmg aku respek gak...lau sini...jd tukang kebun je la kot... :)
Tak sanggup nak buat amcam ni. Biarlah saya buat blog sahaja. Lama-lama ada untung juga tu kan?
My recent post SBC kaki komen exchange
1 reply · active 721 weeks ago
Betul betul betul....saya pun x sanggup gak...layan blog je cukup laa....
SAtu ideo yg bagos nie. Den pon tongah menggangor nie..Mulo -mulo ingek nak bolo kambing, tak jadi lak, nak mintak koio, susah sangat...bokeh askar ini nak-nak komando memamg orang tak pandang..ehhhmmm apotah laei lulusan kurang..Den nak buek iklan bosa macam nie jujak..TAPI DEN NAK JUAL CENDO.L "JOM GHASO BRGAHMAI-GHAMAI CENDOL ,MADU PAK DEN CDO...ISHHHH MESTI LAKU NIE...!!!
1 reply · active 721 weeks ago
Hehehe...Cik Den, Uishhh...bokeh komando la lg ramai yg pandang...byk exp pe...
Cik Den nak jual cendol? den teringat kek cendol Leman (klau x salah) bokeh sojar gak...mulut dio bilo cakap cam gpmg...siap masuk tb3 laie...hehehe
hehehe..sempoi ar mamat ni..agaknya kalo ada yg buat kt malaysia..mesti nnt kena tngkap kan..malaysia ni len sket..eheh
1 reply · active 721 weeks ago
Hehehe...klau baya kat PBT mungkin x kene kot...
sempoi sangat la.....tak pernah2 tgk yg wat mcmnih hehehe
My recent post Eat Eat Eat Bbq Time
1 reply · active less than 1 minute ago
Brunei,Sabah,Indonesia sama je kot budayanya...mmg x de org yg nak buat camni... :)
kat malaysia takde lagi mcm ni.. yang adanya billboard iklan hebahkan perkahwinan..

My recent post Ahlan Ya Rejab- Mari Perkasakan Solat
1 reply · active less than 1 minute ago
Gamaknya kalau 10 taun dr sekarang ade x yg berani buat iklan cmni?
Aku rasa ada kot.....tang billboard org kawen tu,skg dh jd biasa...kt kmpg pun dh ada...hehehe
Satu cara yang baik dan berkesan. Tapi, mesti ada tapinya kalau di sini.

Di negara kita ni, majikan tentunya nak ambil kesempatan. Hanya kerana orang itu terdesak tak ada kerja. Majikan tentu offer gaji yang rendah.
My recent post TLDM Setelah Lebih 77 Tahun
1 reply · active less than 1 minute ago
Yup betoi Pak Mail...
banyak bezanya bila buek kat sini....contoh terdekat kat saya sendiri laaa...koje dh dekat 20 taun...tapi......
Erkkk......(x leh cakap...nti kne OSA ngan kompeni lakk..) :)
nak cuba la idea ni...macam menarik je..huhuhu
My recent post Happy Birthday Kak Diana Senyum-Senyum -
1 reply · active less than 1 minute ago
Aikk..kan cik tom dh ado koreje.... :o

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved