Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.

on 17 Jun 2011

Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam. ! Wahai Kaum Muslimin.. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra,
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."
Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.
Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat radhiallahu anhum dan para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.
Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6.
Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan ini, Ja'far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau!
Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja'far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja'far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja'far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di Jannatul Firdaus,
MashaAllah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki, Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di Afghanistan di bawah panji kotor Amerika!
Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini benar-benar mirip bendera Amerika.
Subhanallah!
Panji inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:
"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."
Pasukan Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng pertahanan puak kufar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai syuhada' fi sabilillah. 

Dengan berkat keimanan dan semangat mereka mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!
Panji inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut. 

Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib, Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!
Panji inilah juga yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih ketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;
"..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Panji inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah. 


Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam sepertimana pemimpin umat Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam. Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang dicalar oleh puak kuffar Monggol! Malah beliau menempelak pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:
"Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad."

Sumber Aku: I Lov Islam
# Cuti 2 hari..turun Kedah sat ..jumpa ayahanda ader member kawen daaaa...:)

Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (23)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
suke bace entri dlm blog yastro.. making a new knowledge!
My recent post Effect Pelam bila Exam
1 reply · active 718 weeks ago
Terima kasih SheGee....blog cincai je nih...kenkadang ade info...kadang2 sampah jerrr...hehehe
bendera lama Kelantan. Pernah tengok? Kaligrafi di atas singa seorang sahabat rasulullah. Sekarang ni dah ditukar kepada bendera kelantan sekarang
1 reply · active 718 weeks ago
Tak penah tgk lak bro...pe kata bro buat entri bendera kelantan dulu dan sekarang....
memang bendera kita ni sama je warna dan rupa mcm bendera amerika
kalau ada pertandingan tukar bendera baru bagus gak
1 reply · active 718 weeks ago
Hehehe...kes yg x akan selesai sampai bebila nih....
Sape la yg dok gatai buat ikut bendera US... :(
tak tahu nak cakap macam mana lagi ikhwan , sejak kehancuran Khilafah yang terakhir di Turki islam menjadi terpecah belah tak ada lagi kebanggaan dalam berislam mudah diadu domba dan yang paling penting diam dan takut dengan thagut dan kuffar, diam melihat saudara-saudaranya dibantai di Palestina dan itu adalah sebuah penghianatan
My recent post Halo Wars
1 reply · active less than 1 minute ago
Islam berpecah belah kerana kelemahan setiap insan yg beragama Islam sendiri...ditambah lg dgn unsur2 dr pihak barat yg meresap kedalam budaya, istilah negara kini semakin menjauhkan ikhwan sesama Islam...walhal dlm Islam telah berkata..."setiap muslim itu adalah bersaudara..."
Palestina adalah contoh kegagalan dipihak org2 Islam.... :(
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip beli kereta terpakai

sesungguhnya hati ini dan jasad ini..menginginkan seperti para syuhada-Mu yang mati semata2 untuk memperjuangkan agama dan menjunjung kemurnian syiar agama islam ini..ku berharap menjadi salah seorang daripada mereka..selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
Saudara Yastro,

Salahuddin AlAyubbi berjuang atas kalimat tauhid dan agama. Beliau berjuang bukan atas dasar bangsa. Maka itu kita dapati bahawa sehingga hari ini bangsa Kurdis masih lagi tiada negeri berdaulat atas bangsa Kurdis.

Kalau Salahuddin al Ayubbi berjuang atas nama bangsa tentu sekali kita akan dapat melihat negara Kurdistan di peta dunia hari ini.

Oleh itu setiap manusia mengaku Islam hendaklah mencontohi perjuangan Salahuddin Al Ayubbi. Berjuang atas nama agama dan kalimah syahadah.

Wallahu'alam
My recent post TLDM Setelah Lebih 77 Tahun
1 reply · active 718 weeks ago
Sebenarnya saya pun x sangka yg Salahuddin Al Ayubi berbangsa Kurdish...dan bila tengok keadaan pd hr ini...saya merasa "hampa" dengan negara2 arab yg ada sekarang..

Semua negara menolak bangsa Kurdish...padahal satu ketika dahulu bangsa inilah yg bersatu memimpin bangsa lain menentang puak2 kafir...
indahnya bendera kita tungga islam yang jitu
bezanya panji dulu dan bendera skrg kan..
tp bendera skrg ni..org dok pijak2..
1 reply · active less than 1 minute ago
Yup..pijak2 ...bako2...ikut suka jerrr :(
semoga pemimpin negara Islam pun tahu akan fakta-fakta ini.
My recent post Nota motivasi – Perubahan diri
negara islam sekarang dipengaruhi oleh pihak ketiga....dah terlalu lemah
1 reply · active less than 1 minute ago
Yup...betul sangat tu Seri...klau x de pihak ke3 tu gamaknya x leh idup kot....susah tol laa... :(
mmang aku suka entry nie...terasa ade semangat dalm diri nie....
inilah bendera kita! bukan bendera kufur jalur gemilang!!!
ternaik semangat sikit baca artikel ni ma...mmg semangat sahabat dulu x dpt nak lawan. dorang berperang x pikir mati. hidup atau mati, dua-dua memberi berita baik kpd mereka...

oh...bnyak la saudara mara kat kedah nun ye.haha,,,
My recent post Perempuan Ini Makan Ayam Hidup!
Kenapa sampai sekarang tiada usaha nak tukar bendera Malaysia yek? :D

My recent post How To Access Blocked Web Sites
cerita yg membangkitkan semangat!
koi ande baca satu buku sirah (lupa tajuk) ketnya memang syok le buku ter, ralit beno baca terutama bila bab perang termasuk crita jaafar terbelah badannya bila ditebas dari belakang

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved