Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Aku rasa ramai kot yang dah kenal dan tau tentang Apesal.com ni. Apesal.com, merupakan tempat para blogger di Malaysia melakukan "ping' entri blog mereka. Setiap entri setahu aku hanya dibenarkan sekali sahaja di"ping"kan disana. Tapi...bagus ke Apesal.com nih??...hahaha...meh sini aku nak citer sikit pengalaman aku....
PING entri di Apesal.com.....
Ape kelebihan 'PING" entri blog disana? [Eerr ayat 'PING" tu aku reka sendiri tau..bukan dr Apesal.com] Apesal.com/ Revolusi Blogger Malaysia, aku rasa Apesal.com menggunakan pendekatan yang sama dengan satu blog mat salleh yang aku pernah jumpa, [sori, aku dh lope nama blog mat salleh tu]
Antara kelebihannya ialah entri korang akan dilihat oleh ribuan blogger dan pembaca2 yang lain. Tapi sebelum korang boleh "ping" entri korang tu, syarat pertama ialah korang mesti menjadi ahli Apesal.com
Apesal.com merupakan satu blog himpunan blogger seluruh Malaysia yang aku rasa semakin naik jugak rankingnya. [ Alexia ranking 30,856 semasa aku menulis entri ini]
Apa yang perlu korang buat jika korang berminat ialah, korang register dulu blog korang tu kat Apesal.com, kemudian tunggu kelulusan dari pihak admin Apesal [2/3 hari gak kut, base on permohonan aku dulu] pas tu baru la korang bole anto post pertama korang di Apesal.com
Sapa yang perlu Apesal.com nih?
Haaa...ni yang baiknya...sesapa jerr boleh join, tak kira la blog korang tu isu politik, berita, gadjet2,personal,sukan atau sebagainya... Aku rasa pihak Apesal.com tak kisah pun korang orang baru atau lama. Yang penting korang kene ambil widget dari Apesal, pas tu tempek kat blog korang macam yang aku buat kat bawah sekali. Jadi, pada aku...mereka/orang yang perlukan bantuan Apesal untuk menaikkan trafik blog sendiri ialah newbie dan golongan setengah masak cam aku ni.
Otai?? Otai2 ni biasanya dah ada pengikut mereka sendiri, pas tu entri/post mereka akan duk kat first page dalam carian google
[Tapi...korang kene ingat...tiada jalan mudah ye untuk berjaya, sbb derang dulu pun bermula dari bawah jugak...]
Widget Apesal.com yg wajib korang letak... |
Btw, jangan le korang harap trafik yang masuk tu dalam jumlah ribu riban. Untuk permulaan, puluhan dan ratusan adalah jumlah yang ideal,
Apa beza dengan Geng Blogger ataupun Syoknyer Blogging?
Seakan ataupun dekat2 dengan Geng Blogger dan Syoknyer Blogging, cuma yg membezakan antara Apesal dan GB ataupun SB ialah korang buleh layan forum, boleh tanya2, boleh mesra2,boleh kenal satu sama lain, leh gado2 dlm tu, leh memacam lagi laa...Semua ada kelebihan dan kekurangan...korang pilih la mana satu pun...tapi dengan Apesal korang cuma "PING" entri je...simplekan, pas tu korang tengok je la trafik yang masuk!! Tapi bukan aku bermaksud GB dan SB tu tak bagus...cuma aku suka stail cam nih
Aku suka cam nih
Secara jujurnya, aku rasa Apesal lagi bagus kerana menghantar traffik tanpa mengira sesiapa pun. Korang femes ke, tak femes ke...janji entri ngan pic yg korang "post" tu boleh menarik hati ramai orang. Ape yang penting, kalau tajuk entri dan gambar tu menarik ...aku pasti korang akan dapati gandaan "ledakkan" trafik dari Apesal.com, insyaallah. Ini aku kene akui.....sebab trafik dari Apesal.com boleh kata agak tinggi jugak mencurah masuk ke blog aku.
Korang nak tengok ke print screen Apesal.com aku?..rase segan pun ade nih...tp sebab aku dah buat entri ni, aku bagi gak la korang tengok. Banyak lagi cara untuk menaikkan trafik kat blog kita...ini cuma salah satu dari bermacam2 teknik dan taktik tuk naikkan pagerank dan trafik kat blog......Aku tinggalkan pantun 2 kerat ni kat korang semua...
Tak cuba tak tau,
dah cuba pasti mau....
Selamat mencuba...Caiyokkkkk...
Aku start masuk/post entri kat Apesal pada 6 jun 11 hari tu... [klik tuk besokan gambo] |
Kenapa perlu memasang widget?
Seperti yang kami canangkan dahulu, tujuan apesal.com diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget apesal.com itu, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.
Tak kisah jika anda tidak mahu memasang widget tersebut tetapi apabila exchange ratio mencapai 300%, post anda tidak akan kelihatan lagi di widget apesal.com. Jadi, anda tidak lagi akan menerima traffik dari kami. Kami telah meletakkan 1000 hits untuk setiap blog pada awalnya untuk memastikan post anda sentiasa kelihatan. Nampak macam banyak 1000 hits tu tapi kini sudah ada beberapa blog yang hampir mencapai 300% exchange rate walaupun baru beberapa hari digunakan.
# Sori, kalau2 entri ni sempoi, panjang sangat ataupun merapu, aku tulih ikut "dan" jerr nih..:) ....kalau berminat nak tukar2 link dengan Apesal, korang klik kat Apesal.com sekarang......