Isu Kristian... kali ni murid sekolah la pulak...

on 19 Ogos 2011



Belum pun reda dengan isu JAWI serbu DUMC, kali ni aku rasa terkejut pulak dengan isu murid2 yang belajar tuisyen B. Inggeris telah telah diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu.
Yang bagusnya, pendedahan tu dibuat oleh seorang guru berbangsa India yang digelar Cikgu S..


“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka...Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”..katanya


Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

"Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.” - Cikgu S 



#Nampaknya Jabatan Agama mengambil pendekatan berhati2 mengenai kes ini. Beberapa kes yang lalu telah menjadi isu besar dan seakan2 memberikan impak negatif kepada Jabatan Agama, pandangan aku nampaknya puak2 tu berjaya menghuru harakan institusi Agama di negara kita. 


Kalau tindakkan dilakukan dan mendapat bantahan termasuklah dari kalangan orang2 Islam sendiri...tak tau la aku nak cakap apa lagi.....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved