 |
Saimaiti Aishan, ketika cuba melakukan aksi diantara 2 tali.. |
CHANGSHA (Hunan): Ahli akrobatik terkemuka China, Saimaiti Aishan, berjaya berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diregangkan di antara dua belon panas di atas ketinggian 30.5 meter (100 kaki), semalam.
Lelaki keturunan Uighur berusia 27 tahun itu melakukan aksi ngeri berkenaan sebagai persediaan awal untuk cuba mencipta rekod baru dunia dengan berjalan di atas tali yang diikat pada belon panas pada ketinggian 198 meter (650 kaki).
Dalam percubaannya semalam, Saimaiti dilaporkan berdepan beberapa masalah, memaksanya duduk seketika di pertengahan laluan.
Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Saimaiti mengatasi masalah pada kayu pengimbangnya.
Sebaik saja dia berjaya melintas, orang ramai yang berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu memberikan tepukan gemuruh.
Orang ramai kemudian cemas apabila Saimaiti tergelincir sedikit ketika dia meraikan kejayaannya tiba di bakul belon panas berkenaan.
Ekoran kejayaan itu, Saimaiti cuba pula berjalan pada ketinggian 100 meter atau separuh daripada ketinggian akhir yang ingin dicubanya bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record untuk kali keempat. Bagaimanapun, Saimaiti yang digelar Putera Tali Regang itu gagal dalam percubaannya.
Menurut media, Saimaiti adalah generasi ketujuh daripada keluarga aksi lagak ngeri Uighur yang memang sering mempamerkan kebolehan akrobatik mereka dengan berjalan di atas tali. - MOL
Dan dibawah ini adalah detik2 beliau ketika melakukan aksi2 untuk memecah rekod dunia tersebut...
 |
Permulaan yang baik... |
 |
Masih berjaya mengimbangi badan... |
 |
Safety First... |
 |
Opss....angin kuat daa.....ala goyang sikit looo |
 |
Erghkkk.....ayakkkkkk!!!! |
 |
Pehh...seb bek sempat tangkap tali... |
 |
Teknik kepitan jingga...hehehe |
 |
Pas tu...lommpattt!!! |
 |
Okehh...sikit lagiii |
 |
Yeahh...teruskan lorrr |
 |
Sikitt jee lagiii..... |
 |
Dokek dah nihh.... |
 |
Aisehhh...dh sampai kt tanah dh kerrr?? |
 |
Pehhh...bedebor gak tadi woo..... |
 |
Tak pe, next time cuba lagi...
|
# Aku difahamkan beliau sebenarnya gagal dalam cubaan kali ke 4 untuk memperbaiki rekod dunia yang juga merupakan milik beliau sendiri.
Ranking: 5
nuriz · 712 weeks ago
tehr · 712 weeks ago
kalau aku memang gayat la...
My recent post Bonus Setengah Bulan Gaji
DuluLainSekarangLain · 712 weeks ago
DuluLainSekarangLain · 712 weeks ago
azli.afzainizam · 712 weeks ago
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis bleeding brake kereta
gayat tengok bawahhh mau kalau aku buat tak lepas jatuh terus ke bawah
Bie · 712 weeks ago
kalau Bie buat mcmnie Xlalu Oooooo
My recent post Agak2 La Nak Main Mercun
cemomoi · 712 weeks ago