Selamat Hari raya Aidilfitri daan maaf zahir batin buat semua umat Islam dan juga rakan2 blog. Gaya2nya lepas ni aku cuti berblog agak lama jugak laa...maklum la kat kampung tak de "gelombang" tuk bertenet. P1 aku nampaknya kene simpan buat pekasam kat umah je laa...
Kepada semua pengguna jalanraya, meh la kita pandu dengan berhati2 dan bersabarlah semasa dijalan raya, jangan pentingkan diri sendiri sampaikan perbuatan anda tu boleh merbahayakan pengguna yang lain. Yang penting kita dapat beraya2 dengan suasana riang dan gembira tak kira dimana jua kita berada.
Aku harap semua rakan2 memaafkan aku andainya ada salah dan silap atau jika ada perkara yang tidak menyenangkan hati selama aku berblog. Insyaallah, selepas 5hb nanti aku akan kembali mengaktifkan diri seperti biasa. Akhirkata, bila raya nanti jangan "membuntat"kan perut tu bebanyak sangat...hehehe, maklumla dah boleh makan seperti biasa, nafsu pun besar la jugak kann!!
Okeh..aku nak sambung berkemas lak nih...insyaallah jumpe lagi dikemudian hari..