Kemalangan Di Federal Highway - 5 Maut | Susulan berita kemalangan maut di Federal Highway yang melibatkan beberapa buah motorsikal dan juga dua kereta, 5 mangsa maut ditempat kejadian.
Al Fatihah buat 3 mangsa yang beragama Islam iaitu allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22 dan juga allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21.
Juga ucapan takziah buat mangsa yang ingin membantu M Kalaychelven, 50 dan juga pemandu Honda City Wilson Lee, 22.
Sangat terkejut bila mendengar berita membabitkan kemalangan maut dalam jumlah yang agak ramai terutamanya bagi penunggang motorsikal.
Tiada apa lagi yang mampu dikata, sudah suratan takdir dan ketentuan ilahi tragedi ini berlaku. Bagaimanapun, pasti terdapat beberapa perkara yang perlu diambil iktibar disini...
Penunggang motorsikal diumpamakan seperti pisang dan durian, bergolek kena... digolek pun kena.
- Aku juga seorang penunggang motorsikal sejak dari zaman bujang lagi. Banyak juga aku melihat kes penunggang maut atau cedera bukan kerana kesalahan yang mereka lakukan. Dalam kes ni, ada orang yang mempertikai kenapa mereka menggunakan lebuhraya bukannya jalan motor.
Bagi aku sendiri, adalah lebih selamat menggunakan lebuhraya berbanding jalan motor apabila jam sudah pun menunjukkan 11.00 malam keatas. Banyak sebab, yang nyata bukannya aku takutkan hantu.
Lastly, inilah takdir...kena terima qada dan qadar dariNYA.
Memandu melebihi had kelajuan.
- Antara perkara yang sangat membimbangkan ialah apabila terdapat segelintir pemandu memandu laju hanya kerana syok sendiri atau nak tunjuk kehebatan diri dan kereta sehingga gagal mengawal kenderaan. Bertambah parah bila ianya membabitkan orang lain seperti kes ini.
Bukan mat kereta sahaja, mat motor pun begitu juga, apabila dah terlebih ghairah maka jadilah perkara-perkara yang tidak diingini.
Pengalaman aku sendiri ketika "syok " sendiri selepas keluar dari trek batu 3, disebabkan masa tu ramai, dan waktu tu aku paling depan sekali, last2 aku gagal mengambil selekoh kat batu 3 tu. Nasib baik aku melambung kena pokok....kalau tak memang parah sebab longkang besar dah sedia menanti.
Takut nak cakap, tapi rasanya ini salah satu faktor juga - Mabuk ketika memandu.
- Bab2 ni aku lagi takut, banyak video dan gambar dilaman-laman web menunjukkan pemandu mabuk ni kalau memandu memang kira sign "harakiri" masaalahnya ialah bila membabitkan orang lain. Tang tu yang paling aku geram sekali.
Pengalaman aku, waktu tu habis kerja shift malam, jam lebih kurang 6.50 pagi....cuma nasib baik hari tu jalan tak sibuk sebab hari Sabtu. Sebuah kereta aku tengok tayar depan sebelah kanan dah naik divider, disebabkan tiada orang yang berhenti, aku pun usha2 jap...nampak pemandu dalam tu lena, kepala dah lentok kat tingkap. Aku ketuk....3/4 kali aku ketuk...mamat tu sedar...bila dia tengok aku jer, terus dia reverse kereta sikit, pas tu terus je blah, ingatkan dah tak boleh jalan dah kereta dia......aku rasa mesti mamat tu mabuk.
Lena ketika memandu.
- Pengalaman aku, depan kilang aku jer, waktu tu tengahhari, aku ada emergency kat Putrajaya...tahun 2004. Driver lori kontena tu terbabas, panjat divider dan menyeberang jalan. Sebijik kereta wira didepan aku kena langgar kat quarter panel....nasib baik dia sempat ngelak kekiri...kalau berdepan....hurmmm...Aku lak...belakang kereta wira tu. Nasib baik driver tu dah sedar dan sempat brek...kereta aku berhenti di depan lori tu hanya beberapa langkah je. Nampak attendan lori tu kelam kabut....aku yang nak cepat, terus je blah....tapi dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya hati aku...
Apapun, sekali lagi aku ucapkan takziah kepada semua mangsa yang terkorban dalam kejadian tu. Harapan aku agar rakyat Malaysia sama-sama ambil iktibar dengan kejadian sebegini.
Bukan orang lain...aku pun sama juga. Semoga satu hari nanti rakyat Malaysia bakal menjadi antara rakyat yang tersopan tak kira mat rempit, pemandu, remaja, atau siapa saja bila memandu atau menunggang dijalan raya dan bukan seperti keadaan sekarang nih. Agaknya bila nak tengok keadaan begitu yek?
Maaf kalau tulisan aku tak syok untuk dibaca.....
Gambar Kemalangan Maut Federal Highway