Iqbal Fahreen~ Anak Istimewa...

on 13 September 2011

Iqbal Fahreen, bukanlah seorang anak kecil yang aku kenali. Namun apabila membaca kisahnya di blog Manik-Manik Kayangan membuatkan aku merasa sayu dan hiba. Tersentuh hati aku bila melihat dan membaca kisah adik Iqbal.

Tak perlu aku cerita banyak...semua link entri tu ada aku sediakan dibawah. Semoga memberi manafaat bersama kepada rakan2 yang lain......

Kredit dan terima kasih aku tujukan kepada pemilik blog Manik Manik Kayangan...kerana pic dan entri yang aku "pinjam" dibawah ni....

Kek pertama dan terakhir buat adik Iqbal...

"Sesungguhnya dari tanah kami datang kepada tanah kami kembali...."

1. http://axa87.blogspot.com/2011/04/permintaan-terakhir.html
2. http://axa87.blogspot.com/2011/04/iqbal-fahreen-story-to-remember.html
3. http://axa87.blogspot.com/2011_04_01_archive.html
4. http://axa87.blogspot.com/2011/04/ucapan-terima-kasih-buat-semua-peminat.html
Pukul 9 lebih tadi, saya dapat call dari kakak ipar saya, Dr. Adura. Dia tanya kalau saya ada kenal mana2 bakers yang sanggup buat cake berbentuk lori utk esok. Memang agak beratlah.. kek2 sebegini biasanya ambik masa utk dibuat. Saya pelik jugak, apasal lak kak dura ni nak kek cepat2 ni.. mesti nak surprise utk saper2 ni.. Then dia citer the truth dan the sad story. Kak Dura rupanya tengah usaha dan cari kek berbentuk lori demi nak memenuhi permintaan terakhir dia kat IJN. Iqbal Fahreen, 4 tahun.. he's dying becoz of heart problem. The mother dah order cake tu tapi hanya akan siap on saturday. But, kak dura kata, they dont think Iqbal akan bertahan sehingga sabtu.. ya Allah, Terkejut saya mendengarnya... malam ni tadi kak dura dah round semua kedai kek area KL. Memang tak ada sebab kek2 mcm tu memang kena request. Saya terus post kat FB saya.. alhamdulillah respon sangat baik.. finally, kak Suhaida, ofismate saya bagitahu ada org yang willing nak buat... diorg akan hantar ke IJN esok pagi. Harap2 mereka ni berjaya lah hantar kek tu ke sana dan bagi pada Iqbal. Semoga Iqbal dapat bertahan hingga esokk....

Dalam tak sedar, air mata aku menitis juga walau cuba aku pertahankan......

Selepas memenuhi impian Iqbal, apa yang saya takuti berlaku juga. Ada saya suarakan pada suami, saya berdebar2 setiap kali ada sms masuk, saya gementar untuk menerima berita tentang Iqbal.. tetapi, pukul 3.50 ptg Sabtu 9 April 2011, saya terima juga kenyataan Iqbal telah pergi buat selamanya. Kak Dura menghantar sms itu. Ketika itu saya sedang bersiap untuk balik ke Seremban. Berderai air mata saya. Saya menangis bagai anak kecil kehilangan ibu. Seolah2 saya kehilangan sauda terdekat. Ketika memaklumkan berita itu di FB, dan bertolak ke Seremban, air mata saya masih lagi mengalir. Fikiran saya masih terpahat wajah Iqbal. Saya hairan.. Iqbal Fahreen, bukannya saudara terdekat saya, bukan siapa2 untuk saya. Kami berkenalan baru beberapa hari, bertemu pun sekali.

Anak saya ini sebenarnya anak yang sangat istimewa. Inilah anugerah terbesar yang Allah berikan kepada saya sebagai seorang ibu. Sebenarnya, saya pernah kehilangan seorang lagi anak lelaki pada tahun 1999, juga akibat kematian mengejut di PPUM.
Ketika mengandungkan Iqbal, saya kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Hajjah ESah Hj Shamduddin pada tanggal 16 Jun 2006. SEratus hari selepas itu, saya kehilangan satu-satunya adik lelaki saya, Abdul Halim bin Bujang. Adik ini sangat rapat dengan saya. Kami sering berkongsi masalah namun pemergiannya pada 29 Ramadhan itu benar-benar menghancurkan perasaan saya sebagai saudara kandungnya. Pertama kali, saya sekeluarga hanya menikmati air the o dan minum goreng di pagi raya….
Namun, hati saya ceria kembali apabila saya menerima khabar bahawa saya bakal mendapat anak lelaki (saya dah ada 3 anak perempuan). Iqbal dilahirkan tepat pada 26 Februari 2007. apa yang istimewanya ialah dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan arwah abangnya, Muhammad Faris.
# Semoga keluarga Iqbal Fahreen terus tabah, kehilangan 2 orang anak lelaki yang tarikh lahir sama...pastinya sukar diterima. namu kalau sudah itu ketentuan Ilahi...tiada siapa yang mampu menghalangnya.Al fatihah buat adik Iqbal Fahreen dan abangnya Muhammad Faris.
Ranking: 5

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Speechless ketika bEe baca kisahnya dlm mastika :cry:
setiap yg hilang pasti akan ada ganti.yang pergi ttp pergi yg ada doakan bt mrka d sana,
AL-FATIHAH..
alhamdulillah..tertunai juga hasrat arwah adik kecik kan...semoga arwah adik iqbal dan adik faris tenang di samping insan2 yang terpilih..al-fatihah
My recent post Wordless Wednesday #5 – Fake Meeting??
Saya dapat merasakan bagaimana beratnya kedukaan apabila kehilangan anak yang disayangi. Sedangkan saya baru kehilangan seorang anak merasakan begitu berat. Seringkali terbayangkan wajah dan telatah anak sewaktu hidupnya. Inikan pula kalau kehilangan dua orang anak. tentu sekali amat berat dirasakan oleh si ibu/bapa tadi.

Semuga Allah dengan rahmatnya meletakkan adik iqbal di kalangan orang yang diredhai Allah swt. Insya'Allah.

Amin......
My recent post Malaysia Tidak Pernah Dijajah!!!
AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
Al Fatihah untuk adik Fahreen...
terperanjat membacanya.. namun kesampian juga hendak
memotong kek lori..

Allah itu Maha Besar.. Ada hikmah disebalik kejadian-Nya
My recent post Barang antik dari Batu Pahat

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved