Kisah Jin - Kuliah dari Ust Haji Ismail Kamus

on 17 Oktober 2011

Kredit to:  Al Khaulani.blogspot.com
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api 
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (aisehhh...mcm torkono yo... hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 







#Sumber-Rakan FB. Hari ni sibuk sikit, banyak kojo lak kat opis nih..dateline dah dokek...hehehehe....
Ranking: 5

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
Thanks atas ilmu...
1 reply · active 706 weeks ago
Just share kt blog je bro....thanks ziarah sini.. :)
syaitan tu pun jin la rupanya....
My recent post Ruginya Pompuan Ini
1 reply · active 706 weeks ago
Adik beradik yg sepusat sepusin... :D
My recent post Kemalangan 15 kereta Indy - Detik2 Dan Wheldon terbunuh!!
Assalam.Yang nombo ompek memang kenyohtoh paru2 bagi yg ngokok dan iman ..ngokok lie... donga rokok ado enzim ba..,dicelop arak, ada tar jalan rayo..gulp!
My recent post Menara Jam Di Mekah Rekaan Anak Malaysia
1 reply · active 706 weeks ago
okok yg ado enzin Ba, tu ghasonya kat belah amerika kot..celup arak ,tar jalanrayo rasonyo memongak je tu kot bro...hehehe
My recent post Jepun - Bra untuk Lelaki??
jadi, jangan iap rokok..nanti jadi kawan jin..
My recent post Comel Serius – Putih Harimau.
1 reply · active 706 weeks ago
Arghhh....bab2 ni yg susah ni SC... :)
My recent post Jepun - Bra untuk Lelaki??
haha
ampun datuk

bila pulak jin dapat pangkat datuk
hehe orang melayu hormat sangat pada jin
1 reply · active 706 weeks ago
Tu la bro...org tua2 punya pesanan la nih... :)
My recent post Jepun - Bra untuk Lelaki??

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved