Apa Yang Penting....Kerjasamaaa ~ Part 1

on 24 November 2011

Live dari rumah aku kat kampung. Ni la "kerja" yang aku, adik beradik, mak cik dan pak cik yang juga merupakan jiran di kampung aku Sg Koyan. Ist day kat rumah, Tuan "Jeneral" (mak aku le tu) dah bagitau tugas yang perlu aku dan adik beradik yg lain langsaikan hari ini. Antaranya.....


1. Kopek kelapa untuk buat kerisik - Kansel sebab dah ada new task, klau tak pengsan gak woo...300 bijik. Kelapa import dari Perak. (mertua adik aku punya kelapa daa)


2. Tukang angkat kaki pe nama tah - tempat nak memasak tue laa...done.

3. Hak ni saja aku masukkan, task masa raya haji haritu. Done dan berfungsi dengan baik.- Sapa nak buat rumah nanti leh panggil aku eh..hehehe

4. Tukang angkat mesin kelapa dari rumah jiran- Done, kocik punya hal la tue...:)

5. Tukang melantak sarapan pagi - Done, kejap je nih...he3x!!! Sodap woo nasik lemak mak aku nih...thumbs up!!!

6. Tukang ejas2 atap zink yg bocor dan mengalir ke pondok mak cik tu - Done...kici punya hal lorrr

7. Tukang buat jambatan mini kat depan rumah - Pehhh, yang ni memang mencabar, nasib baik Cik Din (Koyan) datang support aku. Potong beluti ngan papan guna chain saw jeee, sempoii.  Tapi, terase lenguh juga la badan aku ngerjakannya.

8. Tukang sesah time makan tengah hari - Done, nasik lauk ikan masin, sambal potai, lemak kobis, sambal belacan

9. Angkat besi khemah- Done,support guna lori by adik aku ngan kelindan lori dia. Lori.... tokey dia punya. hehehe- x de pic, lope.
10. Ratakan rumput (pic no 7) ngan batu kerikil, support by pak cik aku...Cik Din (Johor mari)- x de pic,esok baru aku ambik.

11. Assistant aku (kwn depan rumah), makan ngan berborak je keje dia...hehehe- Btw dia ni O.K.U, tahap pemikiran dia tak berkembang, setakat darjah 6 jerr. Sama baya dengan aku. Rahim Mat Enda.

12. Sesaje je, ambik pic mak cik2 yg tengah goreng kerisek dan kacau kuih wajik.

13.Kalau korang perasan, alatan baru nak menumbuk tu...sekarang ni dah "kurang" guna lesung batu laa...guna besi untuk menumbuk kerisek. Boleh numbuk reramai....

# Terima kasih kepada semua makcik2 dan pakcik2 yang hadir pada hari ni. Insyaallah esok kita sambung lagi. Utk friend aku "Saka Wea" dan "Saka Bongek" korang jaga "site" kita bebaik ehh, gua nak lepak2 dulu kat kampung, lagipun hari ni korang dah lepak jee kan. Semalam je la overnite sampai pagi....hehehe
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved