Dadah itu Bahaya ~ Edisi Keldai Dadah.

on 02 November 2011

MODUS OPERANDI PENYELUDUPAN DADAH : Sedikit info dari Polis Diraja Malaysia di FB mengenai keldai dadah. Keldai dadah bermaksud "pembawa dadah" dibayar dengan upah yang lumayan dan juga Bermula dari 31 Oktober hingga 4 November 2011, Facebook Rasmi PDRM akan mendedahkan secara bersiri taktik penyeludupan sindiket dadah ke Malaysia yang berjaya dihidu dan ditumpaskan oleh pihak polis. Pendedahan tersebut menunjukkan bahawasanya pihak polis sentiasa peka terhadap taktik terkini yang digunakan oleh sindiket dan sentiasa berusaha untuk menangani jenayah ini secara berterusan. Jika didapati bersalah, mereka yang mengedar dan menyeludup dadah akan dijatuhkan hukuman MATI!!!
Kita ikuti pendedahan yang dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ini.


KES 1: SUITCASE CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam beg bimbit dengan memotong lapisan dalam beg tersebut.
Keldai dadah


KES 2: INTERNAL INGESTION COURIERS : Sindiket menggunakan taktik memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.
bawak dadah bahaya
Bagi sesetengah ketulan atau bungkusan dadah yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan, maka pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan dadah yang disembunyikan di dalam badan. Dalam kes tertentu, bungkusan yang berada di dalam badan telah pecah dan menyebabkan kematian kepada pembawanya.
mati kerana dadah
Ketulan atau bungkusan dadah yang telah ditelan ke dalam tubuh badan dilepaskan keluar dengan bantuan ubat yang diberi kepada penjenayah atas nasihat pegawai perubatan.
dadah musuh negara


KES 3:PAINTING CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam lukisan dengan memasukkannya antara lukisan dengan bingkai gambar.
cara dadah diseludup


KES 4: BODY-PACKED COURIERS : Sindiket menggunakan taktik melekatkan dadah pada tubuh badan.


Dadah itu bahaya
Dadah disimpan dengan baik dalam beg bungkusan plastik, kemudian dilekat dan dibalut di bahagian paha supaya tidak mudah dikesan. Satu lapisan beg plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha.

Apepun diharap semua rakyat Malaysia berfikiran lebih waras dari menjadi "keldai dadah" atau pun menjadi "doktor dadah". Tak ada gunanya kalau perbuatan kita tu hanya... "senang segera, sengsara akhirnya..ibarat Maggi mee, masak cepat hilang pun cepat"
Ranking: 5

Comments (17)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tak sagka dlm kaki depa bt ..dlm lukisna pun ada...saya bru tahu
My recent post Doa Taubat
1 reply · active 698 weeks ago
Memacam suri depa nak kasi lepas masuk....1001 cara... :)
Kerana duit sanggup buat apa sahaja walaupun ke tali gantung itu pasti :-)
My recent post Wordless Wednesday #16 – Pilihan sukar
2 replies · active 698 weeks ago
yg tu kena pikie semask masaknya
My recent post Doa Taubat
Agak menakutkan bagi kita..tp mungkin agak menarik bagi mereka... :D

#Yg len2 tu gamaknya belakang kira...
My recent post Ingatan Untuk si Anak dan Si Bapa.
macam macam teknik dan cara nak sorokkan barag tu, ada yg sanggup telan..kalau pecah dalam perut..kiok
My recent post Drama Bersiri Terra Nova Termahal
1 reply · active 699 weeks ago
Kerana duit Nuriz...macam2 cara derang sanggup buat
Ramai yang dah tau dadah tu musuh negara.... kadang gelap mata dengan wang nyawa jadi taruhan ke tali gantung...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing chrome part2 motorsikal
1 reply · active 699 weeks ago
Dah tau risiko tapi nak buat jugak...kene tangkap kalu sendiri tanggung laa....
pehh..gila..sanggup diorang ye..
My recent post Komisen ke 3 dari RO2.biz
1 reply · active 700 weeks ago
gila babun namanya nih bro... :D
My recent post Ingatan Untuk si Anak dan Si Bapa.
mereka sanggup tanggung risiko hanya kerana mahu senang dengan mudah
My recent post Bukan Satu Tragedi
1 reply · active 700 weeks ago
Betul tu bro...mungkin ni la je cara mereka tuk dptkan rm dgn mudah... :(
My recent post Ingatan Untuk si Anak dan Si Bapa.
harap2 insyaAllah kita dijauhkan dari terjebak
amin!
1 reply · active 700 weeks ago
ye la tu...duit punya pasal sanggop wat pe pun...mintak dijauhkan la dri mende2 gini
My recent post Penyamun Berparang Gagal, Namun Tiga Beranak Ditetak
1 reply · active 700 weeks ago
Yup...hanya mata duitan dan mereka yg tak takut pd hukuman je yg sanggup buat mende2 camni... :D
My recent post Ingatan Untuk si Anak dan Si Bapa.

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved