Orang Hilang- Fazrina bt Mat Isa

on 08 Disember 2011

Info ni sebenarnya aku petik dari F/BPolis Diraja Malaysia (Polisperak) berkenaan orang hilang. Sekadar cuba membantu mana yang patut. Mungkin ada seseorang yang pernah terjumpa dengan Fazrina ni. Banyak jugak kes orang hilang sejak kebelakangan ni. Bagi kes wanita pula, ramai yang dipercayai lari mengikut teman lelaki...tetapi untuk kes ni aku tak tau laa, rasanya tak kut...Semoga beliau dijumpai dengan selamat.


ORANG HILANG : Kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi di mana saudari Fazrina bt Mat Isa, 35 berada sekarang, mohon hubungi Pegawai Penyiasat SM Hj Abdul Rahman bin Abdullah di talian 05-8291222 atau Balai Polis Simpang, Taiping di talian 05-8471222/8483222 atau mana - mana balai polis yang berhampiran.

Kerjasama anda amat kami hargai.


Orang Hilang,polis cari


No. Repot : Balai Polis Simpang 5894/2011
Nama : Fazrina bt Mat Isa
Bangsa : Melayu
Pekerjaan : Bank
Umur : 35 Tahun
Tarikh Hilang : 1/12/2011
Tinggi : 154 CM
Berat : 42 Kg
Fesyen Rambut : Panjang Paras Bahu
Warna Kulit : Kuning Langsat
Hidung : Kemek Mangga

Ringkasan Kes:

Pada 1/12/2011 jam lebih kurang 8.30 malam pengadu terima panggilan telefon anak Lelakinya bernama Mohd Farid beritahu anak Perempuan pengadu bernama Fazrina berumur 35 tahun tidak pulang ke rumah sejak pagi. Kemudian pengadu bersama anak Lelakinya telah ke rumah (OH) di Jalan Taman Sungai Mas namun tiada. 

Pengadu telah cuba mencari (OH) di rumah saudara-mara dan kawan-kawannya tetapi tiada dan juga telah menelefon tetapi tiada jawapan. Pengadu dapat tahu anak Perempuannya telah keluar rumah dengan menaiki kereta jenis MYVI warna putih no pendaftaran AHS 8579 dan sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

Sebarang maklumat bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat SM Hj Abdul Rahman bin Abdullah di talian 05-8291222 atau Balai Polis Simpang, Taiping di talian 05-8471222/8483222.

TAIPING: Kehilangan seorang kakitangan bank sejak lima hari lalu mencetuskan tanda tanya apabila mangsa didakwa lesap begitu saja sejurus menghantar dua anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak.
Mangsa yang juga ibu tunggal, Fazrina Mat Isa, 35, gagal dijejaki ahli keluarga selepas dipercayai hilang dalam perjalanan ketika ke tempat kerja Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata Fazrina yang bekerja di sebuah bank tempatan dilaporkan hilang Khamis lalu selepas keluar dari rumahnya di Jalan Taman Sungai Mas, di sini.
Menurutnya, pada pagi sebelum kehilangannya, Fazrina sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang rakan sekerjanya memaklumkan dia lewat masuk ke pejabat kerana mahu mendapatkan rawatan di klinik.
“Mangsa dikatakan sempat menghantar dua anaknya terlebih dulu ke pusat asuhan sekitar jam 10 pagi.
“Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat asuhan berkenaan mula curiga apabila mendapati Fazrina tidak datang untuk mengambil anaknya sehingga jam 8 malam hari sama,” katanya.
Yusuf berkata, pihak pengurusan pusat asuhan itu gagal menghubungi telefon bimbit Fazrina sebelum menghubungi rakan sekerja mangsa bagi memaklumkan perkara itu.
“Rakan mangsa kemudian memberitahu ibu Fazrina berhubung ketidakhadiran mangsa di tempat kerja selain kegagalannya mengambil anak di pusat asuhan.
“Ibu Fazrina terkejut dengan kejadian itu lalu membuat laporan polis. Polis kemudian segera menjalankan siasatan dan menjumpai kereta Fazrina di Kampung Boyan, di sini, dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber berita: mummynemo.com
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved