Amaran Hujan Lebat di Pantai Timur - Kelantan,Kedah,Perlis& Terengganu

on 02 Januari 2012

Jabatan Meterologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat kepada rakyat yang tinggal dikawasan Pantai Timur terutamanya yang duduk berdekatan dengan tepian pantai. Diharap semua berhati2 bila berada di zon tersebut, terutamanya anak2 kecil yang hanya syok bermain. Jangan dibiarkan kerana leka sesaat mampu membuatkan anda merana seumur hidup. Err...gamaknya sampai bila musim ni habis yerr?

Hujan lebat dan angin melanda Kuala Terengganu - Utusan
Sementara itu, seramai 98 mangsa banjir dari 21 keluarga di empat kampung di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan, setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat diikuti angin kencang sejak malam tadi. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, mangsa terbabit dipindahkan dalam operasi menyelamat pada pagi ini dan ditempatkan di tiga pusat pemindahan. Pusat pemindahan tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil yang menempatkan 20 mangsa daripada tujuh keluarga dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga serta SK Kampung Nara yang menerima 60 mangsa daripada 11 keluarga. Ini berikutan kediaman mereka di Kampung Wakaf Bunut, Kampung Bukit Awang dan Kampung Nara dinaiki air sedalam satu hingga dua meter. Seorang mangsa yang lumpuh yang dihantarkan ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan termasuk jalan utama dari Pasir Puteh ke Jerteh, Pasir Puteh ke Semerak dan Pasir Puteh ke Kota Bharu.Seorang mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di SMK Kamil, Che Abdulah Che Mat, 72, berkata, halaman rumahnya di Kampung Wakaf Bukut dekat sini, dinaiki air hampir paras dada pada pukul tiga pagi ini. "Air naik secara mendadak akibat hujan lebat dan kami tidak tidur malam tadi sehingga dipindahkan oleh pasukan penyelamat menggunakan bot," katanya yang lumpuh. Jurucakap Pejabat Pengairan dan Saliran Pasir Puteh ketika dihubungi berkata, paras air di Sungai Semerak pada pukul 10 pagi ini mencatatkan bacaan 2.4 meter iaitu di peringkat berjaga-jaga.

Dalam pada itu di Terengganu pula, Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan peringkat jingga diramal melanda empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah sehingga esok.

Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat berterusan itu diramalkan melanda beberapa daerah di empat negeri berkenaan. Daerah-daerah terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli (Kelantan) diikuti Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu (Terengganu). Daerah lain ialah Padang Besar, Kangar dan Arau (Perlis) selain Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi (Kedah).

Menurutnya, keadaan cuaca sedemikian akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah di daerah yang berkenaan. Dalam pada itu, jabatan tersebut turut memberi amaran ribut petir dan hujan lebat melanda beberapa lokasi di Sabah pada pagi ini sehingga petang ini. Kawasan-kawasan terlibat ialah daerah Beluran, Sandakan dan Kota Kinabatangan dalam bahagian Sandakan diikuti Kudat dan Pitas (bahagian Kudat) serta Lahad Datu (bahagian Tawau). Kenyataan itu menambah, keadaan itu turut menyebabkan angin kencang dan banjir kilat di kawasan terlibat.

Sumber - Utusan


# Terdapat kesilapan info semasa entri ini diterbitkan...aku tarik balik info dr jabatan meterologi tu. Segala kesilapan amat dikesali. Terima kasih kepada bro Denaihati yg telah membuat teguran kepada aku.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved