Piala Thomas 2012 - Malaysia vs Jepun

on 18 Februari 2012


Akhirnya...setelah Lee Chong Wei direhatkan, Hafiz Hashim menggalas tugas pemain pertama, Malaysia tumpas kepada Jepun dengan aggregat 3-0. Begitu juga dengan bergu pertama negara yang direhatkan dan digantikan dengan bergu kedua, Lim Khim Wah-Goh Wei Shem turut tewas ditangan bergu utama Jepun. Pemain perseorangan kedua negara, Darren Liew juga tumpas ditangan pemain Jepun iaitu Kenichi Tago. Selepas ni, Malaysia dijangka bertemu dengan musuh tradisi iaitu Indonesia esok [sabtu] bagi menentukan tempat ke 3 dan ke 4. Aksi final Piala Thomas nanti bakal berlangsung di Wuhan, China pada 20 -27 Mei 2012 nanti. Keputusan penuh seperti dibawah...

Muhammad Hafiz Hashim tumpas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21.
Lim Khim Wah-Goh Wei Shem tumpas kepada Hirata Noriyasu-Hashimoto Hirokatsu, 11-21, 21-11, 18-21.
Daren Liew tewas kepada Kenichi Tago 28-30, 19-21 [100 minit]

Sementara itu, skuad Uber negara juga turut tumbang kepada Hong Kong, 3-2 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Jadi selepas ni walau apapun keputusannya, kita tetap layak ke aksi akhir Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung di Wuhan, China pada Mei depan. Bab2 kalah ni, mungkin coach nak bagi pemain kita tu sedikit pendedahan je kot. Aku rasa, esok bila lawan Indonesia... Lee Chong Wei akan kembali bermain selaku pemain utama. Apapun kita tunggu esok....
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
walau pun ada nampak kuran konsisten.... Apa pun kalah menang pasukan kita dah berusaha...
Story terbaru blog kami...
masalah kereta lembab tak ada pickup
berita gembira buat peminat. semoga berjaya di wuhan
My recent post Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng
Matlamat utama dah tercapai
Tu yg letak senarai pelapis tu
1 reply · active 684 weeks ago
Rasanya mmg begitu la tujuannya bro tehr.
alhamdulillah.. ke final juga.. tak tg live.. huk3
My recent post The new Lion Of Damascus
3 replies · active 684 weeks ago
Alhamdulillah....akhirnya kannn... :)
aku sedikit kecewa dgn Hafizz... naper tak panggil bapak dia
Herman Tino temankan...?? har3
My recent post The new Lion Of Damascus
Hehehehe, jenuh la dia nak berlari je kejenya nanti.... :)
Secara peribadi aku suka Kenichi Tago bermain.
Dia sangat2 rajin.
Hafiz Hashim no komen sebab dia macam kurang konsisten.
Dato LCW pulak dia memang superb hero Malaysia. Kalau dia xde jawabnya kurang sengat :)
Anyway gud luck Malaysia n gud luck Yastro untuk buat ulasan sukan Piala Thomas 2012 nanti.
My recent post Angel Dreams : Cita-Cita Yang Pasti
1 reply · active 684 weeks ago
Kalau ikut graf...masa memula dulu darren Liew lagi bagus dr Kenichi Tago...tp la ni....graf Darren Liew dah kena potong ngan mamat jepun nih...
Buat ulasan ni bukannya apa...dah x de idae la ni bro SNG...hehehe....selain dr tu...dpt tangkap trafik organik sikit2 pun jadi laa.... :D
takpe, yang penting layak ke final dah..
My recent post Komisen ke 8 dari Triond
1 reply · active 684 weeks ago
Saja nak bg peluang org lain rasa la tue...hehehe
takpelah, kalah pun at least kita dah layak ke peringkat akhir. Apa yang penting, pemain muda kita kena siapkan mental untuk pertarungan akhir di China nanti. Kalau masih tak meningkat, confirm kempunanlah jawabnya...
My recent post pertolongan daripada mereka yang pakar diperlukan
1 reply · active 684 weeks ago
Tu lah...mmg derang saja nak rehatkan player utama la tu kot. Yg penting dh capai misi ke akhir nanti di Macau. Tapi...still rasa ragu la pada barisan kedua tu.... :(
Alahai. Time Lee Chong Wei rehat, Hafiz pulak kalah. Aisemen~ Harap lawan Indonesia boleh beat diorang. Skuad Indonesia include Taufik Hidayat ke?
My recent post Seni bandar Lilliputian dari pokok bonsai dan tin kosong
1 reply · active 684 weeks ago
Yup....Taufik 1st player rasa aku...2nd tommy sugiarto
My recent post Piala Thomas 2012 - Malaysia vs Jepun
Entahlah.. Patutnya kena tujuk kita punya superior walaupun dah layak! Apa pun kena hormat keputusan coach!
1 reply · active 684 weeks ago
Kalau ikut hati kita memang nak bagi yg bagus2 je duk barisan utama...tp coach pnye idea ni kenkadang len macam sket....x sabar nk tgk list player esok lakkk
My recent post Piala Thomas 2012 - Malaysia vs Jepun

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved