Follow by Email

17 Januari 2012

DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!

DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!
Hari ni setelah berhari-hari kisah DRB nak beli PROTON agak kecoh di akhbar dan media massa, ianya telah disahkan oleh pihak yang berkenaan. Hmmm, apa bezanya? Bagi aku, tak ada beza....terus bekerja seperti biasa, seperti yang telah diamanahkan oleh syarikat sebelum ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Bukan aku sahaja, malahan juga bagi ribuan rakan aku yang berada di Tanjung Malim dan juga di Shah Alam...

Bagaimanapun, apabila aku cuba mencari berita itu di online, Tiba-tiba secara peribadi, aku merasa terpanggil dengan apa yang dinyatakan di web tersebut. Perkara2 yang lain tu aku tak kisah sangat, dah lali aku baca dan dengar, juga dengan komen-komen pedas...tapi ada satu ayat dilaman web tu telah membuat aku rasa terpanggil untuk membuat sedikit teguran.


"Kakitangan Proton akan bekerja lebih keras selepas ini. Tiada lagi pemikiran makan gaji dengan kerajaan, tidak akan dibuang seperti sebelum-sebelum ni"


He3x!!! Aku rasa dia kena pergi tanya bebudak PROTON atau melawat ke kilang PROTON sendiri sebelum sesuka hati menilai corak dan pemikiran kerja mereka. Tak tahu cakap la tak tahu, jangan nak main hentam sesuka hati jerr. Siap ada ayat bekerja keras lagi tu...:)

Sedikit petikan dari Sinar Harian;
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan DRB-Hicom juga akan membeli saham-saham berbaki yang belum lagi dimiliki oleh syarikat itu pada harga pertimbangan RM5.50 sesaham.

Kumpulan DRB-Hicom berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mampu mewujudkan sinergi dan peluang perniagaannya dan Proton mengembangkan program vendor tempatan.
DRB-Hicom berkata, cadangan itu dijangka tidak memberikan kesan kepada pendapatan dan pendapatan sesaham DRB-Hicom untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac ini memandangkan cadangan itu dijangka selesai dalam suku kedua 2012.
“Cadangan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan kerana Proton telah pun sedia menjana pendapatan.” katanya.
Dalam pada itu, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Categories:
..... DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!

Entri Terbaru YastroOnLine

 
  • Feedage Grade A rated

    Ping your blog, website, or RSS feed for Free blog directory
    Personal blogs directory Active Search Results Kartikel Ping

    Subscribe in a reader Blogged.my hostgator coupons Go to IntenseDebate
    Photobucket

    Powered by FeedBurner

    Protected by Copyscape Web Plagiarism Software

    Yastro - Find me on Bloggers.com [Valid Atom 1.0] PR 2 Quality Web Directory
    Preview on Feedage: yastroonline Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
    Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
    Add to Feedage.com Groups Add to Windows Live iPing-it Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki

  • Histat Counter

  • Mengenai Saya

    Foto Saya
    Hai...aku sedang membuat beberapa setting dengan google+ aku nih. Btw belum tahu menjadi atau tidak...mungkin anda telah masuk ke blog aku YastroOnLine, Terima kasih aku ucapkan kerana singgah disini. Apapun jika ingin menambah aku sebagai rakan Google+ sila la klik "Lihat Profil Lengkap Saya" itu. Terima kasih sekali lagi.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...