Follow by Email

23 Januari 2012

Kahwin Dengan Mayat - Deff Yingyuen

Kahwin Dengan Mayat -  Deff Yingyuen
Nak kata pelik sangat tak la, sebab dah banyak kes-kes macam ni berlaku didunia ni. Satu lagi, bab-bab kahwin dengan mayat ni hanya berlaku pada mereka yang bukan beragama Islam. Setakat ni aku belum pernah dengar kisah "berkahwin dengan mayat" didalam agama Islam. Kalau ada sila bagi tau yerr...nak tau jugak kat mana kisah tu berlaku.

Asal kisah ni cam biasa, kali ni sumber asal aku petik dari myMetro.


Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook. Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin.

Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin. Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Lelaki Berkahwin Dgn Mayat

Tapi yang nyata dia dah bersama selama 10 tahun. Satu tempoh yang dikira lama juga dan merupakan budaya mat salleh. Aku harap budaya bersama seperti ni tak berjangkit disini, walaupun aku juga tahu sebenarnya budaya seperti ini dah ada dan mula meresap di kalangan orang-orang kita, terutamanya bebudak muda. Dosa besar tu...jangan lupa, kalau Allah nak bagi cash, kejap jerrr... Semoga dijauhkan...

Categories:
..... Kahwin Dengan Mayat - Deff Yingyuen

Entri Terbaru YastroOnLine

 
  • Feedage Grade A rated

    Ping your blog, website, or RSS feed for Free blog directory
    Personal blogs directory Active Search Results Kartikel Ping

    Subscribe in a reader Blogged.my hostgator coupons Go to IntenseDebate
    Photobucket

    Powered by FeedBurner

    Protected by Copyscape Web Plagiarism Software

    Yastro - Find me on Bloggers.com [Valid Atom 1.0] PR 2 Quality Web Directory
    Preview on Feedage: yastroonline Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
    Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
    Add to Feedage.com Groups Add to Windows Live iPing-it Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki

  • Histat Counter

  • Mengenai Saya

    Foto Saya
    Hai...aku sedang membuat beberapa setting dengan google+ aku nih. Btw belum tahu menjadi atau tidak...mungkin anda telah masuk ke blog aku YastroOnLine, Terima kasih aku ucapkan kerana singgah disini. Apapun jika ingin menambah aku sebagai rakan Google+ sila la klik "Lihat Profil Lengkap Saya" itu. Terima kasih sekali lagi.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...