Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012

on 22 Februari 2012

Malaysia+vs+Jepun+Bukit+Jalil+2012

Biar la aku dah tau pasukan kita tak layak, juga tau kita memang payah nak dapat walau satu mata pun dalam pusingan kelayakan ke Olimpik London 2012 ni, aku harap skuad Harimau Muda kita, yang bakal menentang Jepun malam ni akan tetap berjuang dengan penuh semangat dan dedikasi menentang pasukan Jepun di Stadium Bukit Jalil malam nanti. Harap pemain semua dapat menjaga maruah negara dengan melawan skuad Jepun tu secara habis-habisan. Skuad Muda Harimau Malaya ini dijangka akan kehilangan beberapa orang pemain;Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012
Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baharu dalam pasukan. “Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary. “Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. “Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti,” katanya.


Insyaallah, kalau diizinkan aku akan bawa 2 orang anak aku melihat perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil, dan juga merupakan tontonan bolasepak secara live yang pertama kali bagi mereka berdua. Si kecik tu dengan ibunya mungkin tak turut serta, payah nanti nak kehulu kehilir ukur padang..hehehe Tunggu je la kat rumah, itu lagi baik. Memang aku nak bagi mereka rasai suasana sebenar didalam stadium, apatah lagi bebudak tu memang dah banyak kali meminta. - Harap2 jangan banyak sangat la yang bocor nanti. :)
Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved