Sebelum aku berangkat malam ni menuju ke
Dungun, Terengganu, aku nak tempek sikit gambar
penaik/pembakar semangat aku nih...Ini adalah hasil tahun lepas, rekod ikan terbesar yang pernah aku naikkan iaitu Kakap Merah (Siakap) seberat 8 kilogram, manakala gambar dibawah pula adalah hasil keseluruhan tangkapan kami. Insyaallah, kali ni target kami adalah untuk memburu ikan merah...ikan merah ni banyak jenis. Antaranya merah suman,jepun,mata hitam dan...tah banyak lagi la kot...Tapi merah di kawasan karang laut antara yag aku minat, selain kulitnya yg liat macam selipar jepun tu, bila dimasak isinya tetap pejal dan tak mudah hancur.
|
Kiri: Kerapu Bara, Kanan: Ibu Kerisi, Double hook strike -sekali naik 2 ekoq. |
# Okeh, kengkawan semua...insyaallah 29hb/hb nanti aku akan kembali b/w seperti biasa....- mintak2 la draft entri yang aku buat tu menjadik...tak pernah setting manual lagi, kali ni baru aku nak cuba. Kalau tak jadi....entri ni je la yang akan korang tengok sampai hujung bulan nanti...he3x!!! Kompom trafik down gile2 nanti...iskk...iskkk
Ranking: 5