Okey, kali ni bantuan "Skim SARA 1 Malaysia" pula menjadi bahan topik entri aku hari ini. Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun. Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun.
CIRI-CIRI PINJAMAN
Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
Peserta didapati muflis; atau
Peserta meninggal dunia.
KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
a. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB.
b. Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
c. ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
d. Pemohon dan atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
e. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen Utama
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen
KRITERIA KELAYAKAN
Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?
a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hinggaRM3,000
c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim
d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar"
e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
# Rujukan, SARA 1 Malaysia. Entri tidak popular ni kenkadang kena juga diterbitkan...demi kelangsungan hidup blog aku sendiri...he3x!!!
azli.afzainizam · 685 weeks ago
۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta
My recent post Diy Pemasangan Carpet Dan Insulflex Lantai Kereta
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Zulfahmi Khairuddin MotoGp 2012 - KTM, M32 Moto3
Vanilla Coklat · 686 weeks ago
aku xyakin sangat benda macam nie..
kalau umno xjadi kerajaan dah...mahu lingkup
Yastro 119p · 686 weeks ago
Topijerami · 686 weeks ago
btw power kuasa seo bro..aku perasan kat atas sekali 2 ada tulisan lutsinar,hehe
aku pun seminggu dua baru nk start seo balik lepas tukar domain..
traffic pun slow sekarang
My recent post Senarai Calon ABPBH 2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Yastro 119p · 686 weeks ago
Tukar domain?/ Apsal? Pas ni leh citer laa....lama gak x nampak ko... :)
Topijerami · 686 weeks ago
saje nk test...
hehehe,nampak jela...sebab hari 2 aku ada beli e-book seo
dia ajar buat macam 2..dia cakap mitos je yg google xkasi buat macam 2..
ko plak dgr dari mana tiba2 buat macam 2?
My recent post Petua Kempiskan Perut
Yastro 119p · 686 weeks ago
Aku nak beli domain rasa cam maleh lak...maleh nak transfer sumer data ke domain baru...tu yg ttp maintain b/spot jerr...apepun tahniah bro...
#Klau berbaloi e book tu aku rasa boleh beli gak la kot... :)
Topijerami · 686 weeks ago
harga 30 je...
saje2 beli, nk tambah pengetahuan..
memang la,kalau tukar domain susah nk naik balik..
traffic pun gila2 turun
My recent post Petua Kempiskan Perut
Yastro 119p · 686 weeks ago
#Bagi link ebook tu.....aku rasa kalau jadi aku nk beli juga laa
Topijerami · 686 weeks ago
2 link nya bro..
haha, yekot...aku hari 2 beli dua domain kot..
satu domain lagi xtahu nak buat ape lg....
bro jom tukar link kt sidebar
My recent post Sinopsis 8 Jam Filem Terbaru
Yastro 119p · 686 weeks ago
boleh jerr...nti mlm nti atau sok aku buat...la ni ader kje sikit..
Topijerami · 686 weeks ago
My recent post Sinopsis 8 Jam Filem Terbaru
chii · 686 weeks ago
My recent post Kerja Kerja
Yastro 119p · 686 weeks ago
Encik Anif 129p · 686 weeks ago
My recent post Kadar Pinjmana Asas (BLR) Kekal Untuk Suku Tahun Pertama 2012
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Senarai Lokasi Kaunter BR1M di Seluruh Malaysia 2012
nurmisnan 113p · 686 weeks ago
mgkn diberi laluan kepada mereka yg lebih memerlukan..
My recent post Bunga kemunting cina penawar barah darah dan Leukemia
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Senarai Lokasi Kaunter BR1M di Seluruh Malaysia 2012
@zulkbo · 686 weeks ago
kalau berpeluang minta
baik minta..pelaburan nih
My recent post Lautan Ikan Kembung Bila Lori Terbalik
titan · 686 weeks ago
My recent post Laptop masuk wad kecemasan..
Yastro 119p · 686 weeks ago
Bie · 686 weeks ago
bule dijadikan contoh kat sini.....
Yastro 119p · 686 weeks ago
UdinZ.com 89p · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago
nizam · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago
akubiomed · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago