Thomas Cup 2012 - Malaysia Vs Indonesia

on 19 Februari 2012


Pertemuan Malaysia Vs Indonesia yang aku jangkakan bakal menjadi medan pertempuran yang sengit antara kedua-dua negara, sebenarnya tidak menjadi. Malaysia vs Indonesia, kedua-duanya telah layak secara automatik ke pusingan akhir Thomas Cup 2012 di China Mei depan. Maka tak hairanlah bila kedua-dua pasukan telah menurunkan barisan pemain simpanan masing-masing. Dalam pertemuan petang tadi keputusan penuh ialah Malaysia kalah kepada pasukan Indonesia 3-2. Malaysia menyimpan pemain perseorangan pertama dan kedua iaitu Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim, bagi pasangan bergu pula Koo Kien Keat|Tan Boon Heong juga direhatkan.

Indonesia juga menyimpan pemain utama mereka iaitu Taufik Hidayat dan bergu utama iaitu Mohammad Ahsan dan Bona Septano bagi membuka ruang buat pemain simpanan mereka.

Keputusan penuh Malaysia vs Indonesia Piala Thomas 2012 - penentuan tempat ke 3/4 adalah;

1.  Daren Liew menang ke atas Simon Santoso  7-2  pada set pertama.- Simon mengalami kecederaan/tarik diri.
2.  Goh V Shem/Hoon Thien How menang keatas Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan 21-14, 21-18.
3.  Tommy Sugiarto menang keatas Mohammad Arif Abdul Latif 21-15, 21-7.
4.  Markis Kido/Hendra Setiawan menang keatas Lim Khim Wah/Teo Kok Siang dengan 21-16, 21-13.
5.  Dionysius Hayom Rumbaka menang ke atas Koo Kien Keat 21-8, 21-9.

Nyata apabila pertembungan sesama pemain simpanan, kita kalah mudah kepada pemain simpanan Indonesia. Semoga yang terpilih akan lebih berusaha selepas ini. Masa yang ada tidak lama, gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Bai...bai...Macau, kita jumpa di Wuhan,China Mei nanti.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved