CHONG WEI BERJAYA KE AKHIR - BADMINTON ALL ENGLAND

on 11 Mac 2012

CHONG_WEI_BERJAYA_KE_AKHIR_BADMINTON_ALL_ENGLAND
Aksi Chong Wei setelah berjaya menundukkan Hyun II Lee dari Korea..

Berita Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke akhir Badminton All England 2012 pastinya mengembirakan para peminat sukan badminton dinegara ini.Lee Chong Wei telah berjaya mengatasi pemain dari Korea iaitu Hyun II Lee dengan straight set 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit. Dilaporkan semasa permainan tersebut, Lee Chong Wei telah mengalami sedikit kecederaan pada pergelangan tangannya. Kejayaan ini bermakna Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir dengan bertemu musuh tradisi iaitu Lin Dan. Lin Dan telah menewaskan Kenichi Tago [Jepun] dengan 21-18, 21-17 dalam masa 49 minit.

Sementara itu harapan kita untuk mendapat  kejutan dari pasangan bergu campuran negara akhirnya berderai apabila mereka tewas straight set kepada pasangan dari Indonesia iaitu Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir dengan keputusan 27-25, 21-16 dalam masa 47 minit. Apapun aku tetap memuji pasangan bergu campuran ni. Tahniah kepada LeeChong Wei, dan tahniah juga kepada pasangan bergu campuran kita kerana berjaya sampai sehingga ke separuh akhir di terbuka All England 2012.

Sokongan_Peminat_Badminton_Malaysia
Penonton memberikan tepukan gemuruh untuk Lee Chong Wei


Bergu_Campuran_Negara_Catat_Rekod
Kekalahan bergu campuran kepada bergu Indonesia meranapkan peluang ke pusingan akhir All England


# Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran ke 3 bagi All England ni. Sama-sama kita doakan agar beliau berjaya.di pusingan akhir nanti - Kredit kepada allenglandbadminton.com
Ranking: 5

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Semoga berakhir dengan kejayaan.
1 reply · active 683 weeks ago
Diharap begitu lahh...harapan rakyat Malaysia nie... :)
Datuk lee selalunya tak ada masalah untuk ke perlawanan akhir
Cuma bila nak muncul juara je...
Si lin dan tu, liat juga tu
My recent post Malam Pertama
1 reply · active 683 weeks ago
Tak pe lahh...apapun kita tunggu keputusan perlawanan malam nih
Syabas bete
1 reply · active 683 weeks ago
thanks bro... :)
Tahniah buat Chong Wei...ohh...terima kasih tok putih... :D
Kenapa tak leh komen yer blog AUC...sekali tu jer yg lepas...yg lain2, entri lain,reply komen x boleh laa..

#Dh cer buat clear cache browser tp still tak leh komen gak...
Macamana DLCW hendak mengharungi perlawanan dengan kecederaan yang dialami?
My recent post My Pinky Moments Contest – Eyriqazz
1 reply · active 683 weeks ago
Itu yang agak susah sikit...harap2 ianya tidak sampai membawa ke perlawanan akhir malam ni..
Aku harap datuk lee chong wei mampu menjadi juara mengalahkan lin dan di final nanti..
My recent post Video Lawak | Misi Sekumpulan Ninja
1 reply · active 683 weeks ago
Yup...semua rakyat Malaysia berharap sangat akan kemenangan DLCW

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved