DIVIDEN RM6.50, AMANAH SAHAM MALAYSIA

on 23 Mac 2012

AGIHAN_DIVIDEN_A_S_M_2012

Satu lagi berita baik buat mereka yang terlibat didalam Amanah Saham Malaysia, berita di myMetro dan di Berita Harian mengatakan Amanah Saham Malaysia Berhad melalui anak syarikat milik penuh, iaitu PNSB telah dividen 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012 berbanding 6.38 sen seunit pada tahun lepas.
LEBIH 540,000 pelabur Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan jumlah 12.62 bilion unit akan menerima durian runtuh menerusi agihan pendapatan tahunan sebanyak 6.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini berbanding 6.38 sen seunit pada tahun lalu.Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilabur semula dalam bentuk unit secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang pada 1 April ini.

Pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan RM820.24 juta iaitu peningkatan sebanyak 8.6 peratus berbanding RM755.05 juta pada tahun lalu.

Sehingga 21 Mac lalu, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM978.32 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang 79 peratus kepada jumlah pendapatan kasar yang dicatatkan - Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman

Majlis sama turut menyaksikan pengumuman agihan pendapatan bagi tabung di bawah Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan dan ASG-Kesihatan.

Pemegang unit ASG-Pendidikan pula akan menerima tujuh sen seunit, ASG-Persaraan 7.05 sen seunit dan ASG-Kesihatan 7.10 sen seunit. Kadar yang diumumkan ini jauh lebih tinggi daripada tahun lalu, masing-masing pada kadar 5.6 sen seunit, 5.10 sen seunit dan 6.10 sen seunit

Bagi ASG-Persaraan, RM1.49 juta sudah diperuntukkan yang akan memberi manfaat kepada 2,909 pemegang unit yang melanggan 21.20 juta unit manakala bagi ASG-Kesihatan, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM4.57 juta akan dinikmati oleh 9,675 pemegang unit yang melanggan 64.42 juta unit tabung ini.

Prestasi yang ditunjukkan ASG adalah lebih baik berbanding ASM dan ia membabitkan faktor saiz pelaburan.PNB berupaya membayar 14 sen (untuk ASG-Kesihatan), 10 sen (ASG-Pendidikan), 12.2 sen (ASG-Persaraan) dan lapan sen untuk ASM.Pembayaran itu akan dinikmati oleh 546,341 pemegang unit yang kini memegang 12.62 bilion unit ASM.

# Ader ke kengkawan blogger aku yang masuk dalam pelaburan nih? Aku memang tak de bajet nak masuk rm aku kat dalam nih...banyak cabang rasanya rugi la plak...he3x!!!
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nampak keuntungan lebih tinggi sesejak ni.... pelabur pasti gembira dapat duit lebih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta

My recent post Masalah Alternator Kereta
1 reply · active 679 weeks ago
Yup...bila keuntungan bertambah, pasti lagi ramai yg nak melabur nti
lom berminat dan berkemampuan nak join yg ni :)
My recent post Mana Satukah Kita, Lalat Atau Lebah?
1 reply · active 680 weeks ago
Iskkk....ko org pertama yg sepatutnya masuk dlm tabungan ni apan....
My recent post Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012
Aku juga tak daya nak masuk ni
Masih ada cabang perlu dihulurkan duit
My recent post Pantun Hari Jumaat
1 reply · active 680 weeks ago
Hahaha...hari ni banyak sgt kebetulan yg sama dgn aku bro....
My recent post Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012
Semasa ekonomi tidak menentu ini, pulangan tersebut boleh dianggap tinggi!

My recent post Tabbed Content Widget - Menjimatkan Ruang!
1 reply · active 680 weeks ago
Betul tu bro....berbaloi la dgn pelaburan yg dibuat
My recent post Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012
hoho..mesti ramai yang suka nih..
My recent post Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
1 reply · active 680 weeks ago
bab2 duit ramai yg suka...kompommm
My recent post Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012
Wah banyak tuh. :-)
My recent post Filem Korea My Way mesti tonton
1 reply · active 680 weeks ago
Bg yang mealbur banyak, pasti senyum sampai ketelinga bro... :D
My recent post Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012
Ym amek ASB ngan public mutual. Tp, ym rase PB lg okey. :-)
1 reply · active 680 weeks ago
Yas pun amik PM...yg jaga tu pun kenal sesangat... :)
sy wat pelaburan sendiri, beli emas shj..huhu :)
My recent post Defisit Malaysia Tahap Kritikal
3 replies · active 680 weeks ago
Dulu pernah terniat nak buat pelaburan emas...last2 sampai skg dok senyap jerr.... :)
saya tak buat pun pelaburan asb maupun emas..hehe
My recent post Captcha Code or Moderated?
Mesti bro rojak masuk pelaburan lain kot.... :D

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved