KOLEKSI GAMBAR DAN INFORMASI P3-21A

on 17 Mac 2012

Berikut adalah koleksi gambar2 dan informasi terkini berkenaan dengan model baru Proton P3-21A. Sure aku kena download gambar2 ni dimerata-rata tempat sebelum aku upload kembali di blog aku. Kerahsiaan tetap kerahsiaan, tiada kompromi dan baru kali ni aku berani nak upload gambar2 P3-21A yang sedang panas di carian Google...he3x!!!

KERETA_P3-21A_TEST

KOLEKSI_GAMBAR_DAN_INFORMASI_P3_21A










GAMBAR_KERETA_P3_21A

KOLEKSI_GAMBAR_DAN_INFORMASI_P3-21A


Spesifikasi penuh model global terbaru Proton P3-21A seperti mana yang selalu kita lihat di dalam brochure akhirnya telah didedahkan. Model tersebut tersedia dalam 3 varian utama iaitu Executive Manual, Executive CVT dan Premium CVT, kesemuanya hadir dengan enjin bersesaran 1.6 liter.

Bagi model Executive Manual, ia dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan, manakala Executive CVT dipadankan transmisi CVT 6-kelajuan. Kedua-dua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM+ dengan kuasa 107hp@5,750rpm dan 150Nm@4,000rpm tork maksimum. Secara jelasnya varian Executive tidak dilengkapi enjin dengan sistem berteknologi turbo CFE.

Bagi varian tertinggi iaitu varian Premium CVT, ianya dilengkapi enjin CamPro CFE dengan bantuan sistem turbo yang menghamburkan kuasa puncak setinggi 138hp@5,000rpm dan 205Nm tork maksimum pada putaran enjin seawal 2000rpm sehingga 4,000rpm. Teknologi pertukaran gearnya antara yang paling mengujakan apabila hadir dengan transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic yang lancar dan senyap.

Mengikut data dari Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi P3-21A Executive Manual dan Executive CVT masing-masing dicatatkan pada angka 6.1L/100km dan 5.8L/100km bagi pemanduan malar 90km/j, yang saya kira adalah menjimatkan. Varian Premium CVT pula mencatatkan angka 6.5L bagi setiap perjalanan 100km, sedikit tinggi kerana ianya menggunakan sistem soft-turbo bagi menghasilkan kuasa tork enjin yang lebih tinggi.

Antara ciri-ciri lain ialah sistem stereng berkuasa (power steering) P3-21A hanya dilengkapi teknologi hidraulik (Hydraulic power steering) dan bukannya ciri eletrik (Electric power steering), agak mengecewakan namun saya percaya stereng hidraulik tersebut mempunyai prestasi hampir sama seperti stereng eletrik.

Sistem suspensi pula menyaksikan Proton menggunakan Macpherson Strut di depan dan Multilink dengan bar penstabil (Multilink with stabilizer bar) di bahagian belakang. Menariknya semua varian dilengkapi brek cakera di roda depan dan belakang, sebelum disudahkan dengan rim dan roda bersaiz 205/55 R16.

Secara keseluruhannya, Proton P3-21A mempunyai saiz yang agak besar pada ukuran panjang 4,543mm, lebar 1,786mm dan tinggi 1,524mm. Jarak roda (wheelbase) pula sepanjang 2,650mm. Berat (kerb weight) keseluruhan P3-21A Executive Manual ialah 1,305 kg, sementara Executive CVT 1,325 kg dan 1,340 kg untuk varian Premium CVT.

Menurut maklumat, anggaran harga Proton P3-21A telah ditetapkan dari RM62K sehingga RM75K, seperti mana telah diumumkan oleh DSZ kelmarin di Proton Power of 1. Harga sebenar dijangkakan lebih rendah dan akan diumumkan sewaktu majlis pelancaran rasmi nanti yang dijadual bakal diadakan pada awal bulan April 2012.

Bagi yang berminat, tempahan Proton P3-21A kini sudah dibuka di seluruh negara, dengan yuran tempahan hanya serendah RM500.00 sahaja.


Kredit - Funtastico design, Arena Kereta dan Lowyat
KOLEKSI GAMBAR DAN INFORMASI P3-21A
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
chii x jumpa kete ni..bro yas pun sama..chii ada di bukit jalil dr kul 8 sampai 9 lebih..pusing2..x jumpa gak >__<
My recent post Banjir
3 replies · active 683 weeks ago
Aisehhh...nape tak tanya kat kwn2 yas yg ada kt sana?? Chii gi bila? Mlm tadi atau mlm semalam.?? Tadi time tu yas gi makan kot.....
My recent post KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA - 17/03/2012
segan plak nak tanya..semua mcm bz je..eheheh..
chii g malam sabtu...ehehe
My recent post 7 Perkara Yang Akan Saya Buat Sebelum Mati
Tak pe la chii...bukan rezeki la namanya tu...len kali tanye je ngan derang...x de hal pnye, sumer kepala okeh... :D
My recent post HOKI MALAYSIA VS RUSSIA
aku mula jatuh cinta tapi klu takat skrg berani amaik persona jer bro huhu
1 reply · active 684 weeks ago
Kalau skg amik persona...terasa ruginya nanti suri... :D
Kalau ada rezeki.. mahu yang manual! :D

My recent post 2 Sistem Pengurusan Komen Dalam Satu Blog!
3 replies · active 684 weeks ago
Mudah2an dipermudahkan urusan bro tuk memiliknya nanti...
jimat myk dan rasa tercabar mmbawa kereta manual
yas dh tak lalu dah, nak tuka ke auto plak... :D
oohh mestilah bro kali ni bentuk model lebih best... aku kagum dan yang paastiii ramai mmg tertungu-tungu kemunculannya.... hebat proton kali ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip jumping bateri kereta kong
1 reply · active 684 weeks ago
Dari feedback yang aku dapat tadi, mmg ramai yg tertunggu2 model nih...
Badan corak macam ni pun nampak lawa gak
Hehe
My recent post Lekar
1 reply · active 684 weeks ago
seni gak tu kan bro...hehehe
gambar2 ni semua orang dah tengok bro...share la yg rare sikit.ko kan orang dlm.haha...
My recent post Hukum Pakai Cincin Nama Allah
1 reply · active 684 weeks ago
Hahaha...mau aku kena DI nanti... :D
Hari ini saya ke Proton Power of 1 tapi tidak jumpa bro. Saya ada berada disana hingga pukul 2 petang.
My recent post Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
1 reply · active 684 weeks ago
Aisehh...saya bertugas dari jam 5 pm bro...esok pun sama gak dr 5-10 malam....

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved