Kisah Jamal Abdillah yang mengaku pernah mengabaikan ibunya sendiri telah dimuatkan didalam mStar online. Akibat terlalu sibuk dengan industri hiburan, beliau kini berasa kesal dengan apa yang berlaku biarpun mengakui ianya adalah takdir. Apapun, beliau menyuarakan perkara itu kerana....
# Apapun, sebagai anak...biarlah sesibuk mana kita sekalipun... kewajipan menziarahi ibu dan bertanya khabar semasa hayatnya masih ada memang perlu , jasa dan keringat yang dia lontarkan satu ketika dahulu sememangnya tidak dapat dibalas walau dengan apa jua cara sekalipun - Ingatan khas juga buat diri aku sendiri....PETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah begitu kesal ketika berada di puncak populariti, beliau pernah mengabaikan ibunya Zainon Hassan.Jamal berkata ia berpunca kerana kesibukannya sebagai artis selain banyak memenuhi undangan pertunjukan pentas.“Arwah ibu meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi."Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, jasa dan pengorbanannya tetap abadi di hati ini."Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasih seorang bernama ibu,” katanya.Tambah Jamal, sebagai anak yang pernah merasai kesedihan akibat kehilangan seorang ibu, apa yang masih berbekas di hatinya itu kini hanya tinggal kenangan."Saya agak syahdu melihat semula kelalaian saya yang mengabaikan ibu. Bila dia tiada, barulah kekesalan itu hadir," ujarnya.Jamal akan berkongsi kesedihan itu agar dijadikan pedoman oleh semua pihak sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei depan. Ia akan bermula pukul 8 malam.Persembahan anjuran MSiS Events & Services turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara majlis.Pada persembahan itu nanti, Jamal akan mempersembahkan sebanyak 15 lagu termasuk 'medley' dari album pertamanya hingga terbaru diiringi band di bawah pimpinan Belle Fatah.Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Jamal ialah Cinta Selayang Pandang, Kasihnya Ibu dan Tidurlah Permaisuri.Disamping itu Jamal juga akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi undangan, Ibnor Riza.Selain persembahan hiburan, turut diadakan pertunjukan fesyen oleh butik-butik terkenal seperti Butik Cosry, Butik Altelia Amani dan Gedung Kain Terkemuka Jakel.Dalam pada itu, bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan, pihak penganjur akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor.
akubiomed · 674 weeks ago
My recent post Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.
shraqs · 674 weeks ago
My recent post Aktifkan Fungsi DSLR Di Peranti Android Dengan Aplikasi After Focus
azli.afzainizam · 674 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe
JebengOtai™ · 674 weeks ago
My recent post Wordless Wednesday : Ilusi
segalabenda · 674 weeks ago
suri · 674 weeks ago
suri · 674 weeks ago
UdinZ.com 89p · 674 weeks ago
tehr · 674 weeks ago
Kalau nak difikirkan, tak lama mana pun untuk menjenguk ibu
My recent post Navibank vs Kelantan | Piala AFC 2012
Denaihati · 674 weeks ago
chii · 674 weeks ago
auc · 674 weeks ago
walau berjaya sehebat manapun
tanpa restu keduanya, apalah erti hidup dan kejayaan yg dikecapi...
nurmisnan · 674 weeks ago
kita. Baru kehidupan lebih tenang dan dicintai Rasulullah SAW
My recent post Kopi kena tinggal - bye bye