DEBAT PTPTN - 3 Mei 2012, Khairy vs Rafizi

on 02 Mei 2012

DEBAT PTPTN,Khairy vs Rafizi-yastroonline

Satu debat PTPTN terbuka yang bertajuk "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan diadakan di Shah Alam di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli Khamis. Menurut Sinar Harian, dijangka seramai 3,000 orang akan menghadiri debat antara kedua-dua peserta ini. Bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, jam 8 malam pada 3 Mei nanti. 


Pada aku bagus juga, dapat la kita menilai mana satu yang bakal mempunyai point2 yang kuat dan kukuh. Seterusnya dapat memberi info tambahan kepada kita semua. Walaupun dekat dengan tempat aku, rasanya aku tak dapat pergi kesana kot..ada urusan lain malam tu.
Abdul Jalil juga yakin akan menerima sokongan dan sambutan baik daripada para hadirin yang bakal membanjiri Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

"Lagipun sepanjang 12 wacana yang telah diadakan sebelum ini, para hadirin telah memperlihatkan satu sikap yang matang, dan kami berharap mereka akan menunjukkan persekitaran yang sama ketika debat Khamis ini," kata beliau lagi.

Lagi pun, katanya, pendebat sendiri merupakan personaliti-personaliti yang ada kredibiliti dan "pendirian jelas tentang isu ini."

"Kami berharap kedua-dua mereka akan terbuka dalam memberikan pandangan dan pendirian mengenai isu PTPTN," katanya lagi.

Abdul Jalil menjangkakan 3,000 orang akan menghadiri debat kali ini.

"Mengambil kira ciri debat itu sendiri, sebanyak 2,000 kerusi masing-masing 1,000 kerusi dikhususkan kepada pengikut dan penyokong Khairy dan Rafizi manakala baki 1,000 untuk orang ramai.

"Oleh itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran sesi debat. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ketika debat, dan mengikut arahan dan panduan pihak keselamatan dan sekretariat," katanya.

Sehubungan itu kata Abdul Jalil, pihak penganjur telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan terjamin sepanjang debat.

"Saya berharap hadirin akan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk dalam dewan. Bagi hadirin beragama Islam, ada kemudahan surau untuk mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak, jadi diharap datang awal," kata beliau.


# Kredit to Sinarharian
Ranking: 5

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Debat ni bagus tapi kena perhalusi yang mana baik dan mana buruk... memperbaiki kelemahan... dan bukan untuk tujuan politik semata

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

My recent post Diy Repair Fabrik Seat Kereta Berlubang
nak tau gak..apa cerita debat yg diadakan semlm ni ye
My recent post Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
kadang2 debat je lebih tapi tindakan apa pun takde..propaganda politik semua..
My recent post Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUM
1 reply · active 673 weeks ago
heheh...salah satu strategi..kata da nak dekat ngan PRU kan :)
My recent post Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
debat aje ada.. lepas tu hilang mcm tu aje..
yg tertekan, pelajar.. bayar bunga tak habis2..
pokok dok mcm tu aje..
My recent post Teknik Belajar & Membaca SQ3R
1 reply · active 673 weeks ago
tu la pasal...harapan tinggal harapan je
My recent post Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
Mengenai debat isu isu PTPTN dimansuhkan, tempat dan format debat isu PTPTN dimansuhkan diserahkan Khairy Jamaluddin kepada Rafizi untuk ditentukan pada 3 Mei 2012.
My recent post gun accessories
aku juga suka nak ikuti debat ni
tapi mungkin hanya dapat menonton melalui youtube je nanti
My recent post Pantun Tidur Tak Lena
debat ditangguhkan kepada tarikh lain pulak
My recent post Scha dan Awal Pilih New York Untuk Berbulan Madu
Minta maaf bro. Pendapat peribadi saya kurang minat dengan debat ini kerana tidak ada tindakan susulan sekadar untuk memuaskan hati. Apa yang kita mahukan bagaimana hendak mengurangkan beban penanggung hutang PTPN
My recent post Juara didalam kehidupan saya
khairi ni bagus.. dah banyak kali lihat dia berdebat.. rasanya puas juga orang boo dia tapi dia buat muka selamba ajer..
My recent post Roy Hodgson jurulatih England di EURO 2012
dua2 petah berkata2 tu
tapi apa natijah lepas debat tu
My recent post UFO Punca Nahas Kapal Terbang di Pakistan?
dengar ..man yg boleh diperbetulkan..

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved