PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

on 05 Mei 2012


PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA
PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!

# Aku cuma petik dari laman f/b anak2 felda tempat aku...sg koyan.thxs to Rosmadi. Ramai juga yang memperkatakan perkara ni. Buat masa skg aku belum berpihak kepada mana2 pihak..2 hari ni aku bercuti lagi, kali ni di rumah mertua pula...yang tak syoknya aku akan terputus hubungan ngan blog selama 2 hariii..hu3x!!
Ranking: 5

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
fizah rahmad's avatar

fizah rahmad · 665 weeks ago

saya anak kepada peneroka.tapi mak saya telah diceraikan sebelum ayah duduk felda,tapi menurut mak saya ayah memohon felda tersebut bersama mak dan nama mak pun telah dimasukkan dlm felda tersebut,sekarang saya nak tau adakah mak saya layak untutk mendapat bahagian rm5000 itu.
1 reply · active 665 weeks ago
baik kamu hubungi pihak felda untuk pengesahan....
Selama masa Alias ​​Tan Sri RM sebagai ketua Felda, Pemerintah Federal tersebut cukup senang dengan dia aman menjaga sejumlah besar uang yang FELDA A memiliki. Fakta bahwa dia menjabat di bawah 3 PMS merupakan sebuah kesaksian tentang kepercayaan Pemerintah Federal memiliki dalam dirinya.
My recent post לייטמן
eemmm bagi peneroka dan anak felda saja yang tau cerita ni... apa pun kontraversi tersebut dapatlah diselesaikan supaya tidak tercalar nama felda ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang
jawapn utk soklan yg len..

1.2 wang caruman itu sebenarnya untuk pendahuluan hasil pendapatan..bygkan jika kesemua pokok sawit ditebang..bagaimana peneroka hendak dapat gaji setiap bulan? tiada pokok utk dituai..mcmana nk potong pokok,tanam semula,baja,buat jalan dsb..

jika dipulangkan balik..adakah mereka akan menanam sawit semula @ buat bisness lain @ beli kereta @
rumah???

1.4 pokok yg digunakan hasil dari kajian technoplant ialah baka yg mempunyai minyak sawit yg banyak...berbanding dengan baka sebelumnya...walaupun begitu kelemahan baka ini ialah ia hidup lebih pendek berbanding baka yg lama..

1.5 kos penanaman semula 100k tu bkn utk tanam sawit..ttp memberi pendahuluan pendapatan kepada pereroka gaji RM1400 selama 8 tahun. Kerana pada ketika selepas 3 tahun tanam semula hasil pendptan tidak dapat mencecah 1k..ia akan membebankan peneroka..

1.6 seblum etp yg dibentangkan pm..kadar perahan ialah 17-19%..selepas etp brulah kadar perahan standard ditingkatkan kepada 21-23% dgn dgn pemantauan mpob dan menggunakan baka dri teknoplan iaitu pengkulturan tisu..jika menggunakan baka lama..perahan minyak tidak dpt mencapai standard 21-23% kerana terlalu sedikit..

bts tu pula akan ditanam..ia tidak boleh disimpan dikilang diperam utk diproses..pegawai mpob sendiri akan memantau bts ini ditanam..

1.7 kes felda cahaya baru pula adalah kes istimewa kerana tanah itu dijual kepada orang @ kumpulan didalam felda cahaya baru itu sendiri..mereka ingin membentuk koperasi dan ingin membangunkan tanah felda tersebut..

mereka x mempunyai modal untuk pembangunan dan akhirnya memajaknya kepada pihak bank..selepas pajak mereka perlu membayar tiap2 bulan kepada bank ttp kawasan itu tiada modal utk dibangunkan..ianya langsung tiada kaitan dgn kerajaan..

berbeza dgn felda sendayan..ia ada kaitan dengan kerajaan negeri..kerajaan negeri mengambil tanah itu utk pembangunan..rasanya kes ni dh setel setiap peneroka diberi pampasan 1.2 juta..

isu felda sungai buaya pula..kerajaan negeri mengambil alih tanah tersebut dari peneroka dan berjanji akan diberi pampasan 1 juta dan sebuah rumah..malangnya ketika kegawatan ekonomi 97..pampasan ini tidak dapat diberi kepada peneroka..

sehingga kini najib telah berjanji akan memberi pampasan 160k utk setiap 0.4 hektar tanah..

2.0 isu tanah felda x bepeneroka @ plantation ini ialah utk diberikan kepada anak2 peneroka generasi kedua..bg mereka yg bukan peneroka mereka sudah tentunya mahukan tanah tersebut..

utk kerajaan berlaku adil..ia tidak memihak kepada sesiapa dan menjadikannya ladang..
My recent post Rugbi dan Lelaki Kacak
anak felda banyak keje kat luar...saya juga salah sorang darinya...hehe
My recent post Kotai Simunjan Artis OKU Berbakat Besar
Saya boleh jawab 1.1

1.1 Ramai peneroka yg ingin keluar setelah harga minyak @ selepas tanam semula kerana ingin berdikari. Jika peneroka itu masih kuat dan muda perkara ini tidak menjadi masalah. Jika peneroka itu sudah tua dan mengusahakannya sendiri pastinya peneroka itu ingin mengupah pekerja untuk menguruskan ladang.

Peneroka perlu pergi ke Lombok, Indonesia untuk mencari pekerja2 ini. Ianya akan memakan kos untuk mengupah pekerja tersebut. Begitu juga dengan pengangkutan untuk mengangkut buah sawit, baja dsb. Peneroka perlu menyerap segala kos yang tinggi dan akhirnya merugikan mereka kerana pendpatan mereka akan menjadi lebih sedikit dari sebelum mereka keluar dari Felda dan akhirnya mereka akan masuk felda semula.

Kelapa sawit tidak berbuah sepanjang tahun dan mengikut musim. Jika musim itu kurang buah bagaimana hendak memabayar pekerja.

My recent post Naga Besi, Beliung Putih
1 reply · active 673 weeks ago
Jawapan susulan setelah kajian lengkap..hehe
My recent post Naga Besi, Beliung Putih
Banyak soalan yang perlu dijawab. Saya bukan anak Felda terkejut membacanya. Harap jawapan yang akan diberikan kelak telus dan jujur.
My recent post Juara didalam kehidupan saya
wah, banyak juga tu soalan yang perlukan jawapan segera

aku lebih suka kalau semua jawatan penting dalam Felda dipegang oleh warga Felda
anak peneroka juga ramai yang bijak pandai sekarang ni
My recent post Lelaki Kacak | Misai Atau Janggut
banyak persoalan tu
Najib ko kena jawab semua ni

rakyat dah semakin cerdik
My recent post Arsenal vs Norwich City | Barclays Premier League 2011/2012 | Live and Results

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved