TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK !

on 06 Julai 2012

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK ! Arghhh.....Hampas betul lak aku tengok berita dari paper Sinar Edisi Ganu pagi tadi. Ade lak tokey ni jual nombor ekor kat tepi semak dengan selamba badak jek.

Kalau dia jual kat bukan muslim aku tak le hairan sangat, tapi bila dah jual kat orang2 Islam...hmmm aku rasa ini suda lebey nih.

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK!
Tengok...selamba badak je derang jual nombor ni kat tepi semak...

Meh kita tengok petikan berita dari Sinar nih.

- Demi mahu kaya cepat tanpa mengenal halal dan haram, segelintir orang Islam di sekitar Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 1, dekat sini, sanggup membeli tiket nombor ekor dengan seorang tauke yang menjualnya di tepi semak berdekatan deretan kedai di simpang tiga utama masuk ke Bandar Baru Cheneh.

Hanya berbekalkan sebuah kerusi dan payung, tauke berusia dalam lingkungan 50-an itu selamba menjual tiket loteri tanpa lesen di situ setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.

Seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan berkata, tauke terbabit mula menjual nombor ekor di situ sejak 2000 lagi, dan biarpun banyak kali ditangkap polis, namun dia masih berani mengulangi kesalahan sama.

Menurutnya, lebih memalukan, majoriti pembeli terdiri daripada orang Melayu dan Indonesia yang merupakan peneroka serta pekerja ladang sawit beragama Islam berusia belasan tahun, sehinggalah yang sudah masuk fasa warga emas.

Selain itu, Orang Asli Sungai Pergam yang tinggal berdekatan dan golongan pekerja ladang wanita warga Indonesia juga antara pelanggan yang sering mengunjungi port jualan judi nombor ekor tidak berlesen itu.

“Dengan harga tiket serendah RM1, ramai penduduk sekitar datang membeli tiket nombor ekor ini.

Apa yang saya dengar ada yang pernah mendapat sehingga RM60,000 selepas tiket nombor yang dibeli mengena. Ramai juga yang menang sebanyak RM12,000.

“Namun, itu semua tidak halal. Bukan sahaja pada bulan biasa, pada bulan puasa juga aktiviti ini berterusan.

Kebiasaannya paling ramai pembeli pada jam 4 dan 5 petang kerana ramai yang baru keluar dari ladang sawit,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, disebabkan tidak berlesen, pembeli yang membeli tiket nombor ekor terbabit boleh menang dengan hadiah lebih lumayan berbanding jika membeli tiket di kedai-kedai judi nombor ekor berlesen, memandangkan hadiah yang dimenangi tidak dikenakan cukai pendapatan.

“Kerana sudah ada di depan mata (mudah untuk dibeli), ramai orang Islam datang beli tiket nombor ekor ini untuk mencuba nasib. Kalau tempat jualan haram ini tiada, saya rasa pembeli tidak akan pergi membelinya di bandar Kuantan atau bandar Kemaman,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam membendung kegiatan itu termasuk mengambil tindakan kepada pembeli yang beragama Islam untuk menyedarkan mereka.

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK !
--salam mesra dr yastro--
Ranking: 5

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Lepas ni makin ramai pelanggan sebab dpt liputan percuma :-)
My recent post Tawaran Menarik Dari Samsung Apps
Nombor ekor pon kena sub-con?? terbaik bisness zaman ni :D
Kalau dah ketagih, jual dalam tandas pun diorang sanggup beli...wanau'zubillah

Harap mereka sedar atas kesilapan ini...ameen
My recent post Oh! Ayam Panggang…
nak ditegah..masing da besar..tak tau la nak kata ape..ni tempat yg tersorok..tmpat yg terbuka pun..org melayu islam dgn muka x bersalahnya masuk kedai KTM
My recent post Status Diri Sendiri
Kalau ditempat saya kelihatan orang islam dengan muka selamba membeli nombor ekor tanpa segan silu.
My recent post Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed
Hempeh betul......

dah ketagih sangat lah tue!!
My recent post Kembali Blogging, Screen Laptop Jahanam Overheat Melampau
lebih kaya dari tauke kontraktor jadinya mcm ni
My recent post GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran
ish memalukan je orang Islam yg pergi beli tue..rs dah trg2 tau dosanya..
My recent post Pre-order Running Man Tshirt Only at Pretty Heisei
Seriously.. tengok semua mcm orang melayu..
Sedih bila lihat keadaan begini.. Bulan Syaaban
pun jadi..
My recent post Kacak vs ????
taik judi kat mana2 pun jadi :)
My recent post Kedudukan Terkini Pingat SUKMA XV Pahang 2012 | 6/7/2012
memang geng ketagih judi ni
payah nak berubat tanpa kesedaran mereka sendiri
My recent post Ketagih
kalo dah ketagih..kat mana2 pon jdik..ketagih nk bli nombor..
My recent post Tema WordPress Terpantas
berani betul walaupun dah kena tangkap banyak kali. itu la dia ada permintaan adalah pembekalnya
waduh buka kedao sendiri jer ek.....apa lagi bro kasi report la jgn kasi can depa semua yang kasi judi mcm nie... :)
My recent post Google AdSence Dibolehkan pada Blog Melayu

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved