Bermula dari petak ke 27 dari 33 pelumba, anggapan aku paling hebat pun Hafizh cuma mampu berada di kalangan belasan pelumba sahaja. Bukan aku tak yakin dengan kemampuan beliau, tetapi tengok saja pada pelumba dari negara sebelah, Ratthapark Wilairot yang hanya mampu berada di pertengahan pelumba sahaja walaupun beliau dah bertahun di Moto2.
Ternyata anggapan aku meleset, sekali lagi aku dan anak-anak berdebar bila melihat aksi Hafizh yang berani mati itu. Memang aku sangat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Dari nombor 27 dia beransur-ansur memotong dan berada di paling hadapan, mendahului kelompok pelumba Moto2!
Duduk aku di depan tv tak aman akibat aksi beliau, sehinggalah akhirnya beliau berada di keempat keseluruhan. Barulah jiwa aku tenang sikit.Peh...itu pun pada aku dah cukup baik...terbaik sangat2 dah. Terima kasih Hafizh Syahrin...terima kasih Zulfahmi Khairuddin, semalam dan minggu ni memang untuk Malaysia. dengan beberapa kejayaan, Tahniah semua!!!
Skuad Harimau (B21) muncul juara VFF Newspaper Cup 2012di Vietnam, mengalahkan pasukan Vietnam 1-0, Datuk Lee Chong Wei pula berjaya mengunguli pentas badminton di Denmark, walaupun ada sikit debaran...Zulfahmi naik podium, Hafizh berjaya gegarkan Moto2 sampai pengulas pun asik dok cerita hal dia saja...Uishhh....memang minggu terbaik la. Tahniah Malaysia, tahniah semua!!!
Dalam pada itu, tersenyum juga aku pada Cortese sebab dia sempat juga mohon maaf kepada Zulfahmi kerana merosakkan kegembiraan beliau di laman sendiri. Anyway, pada aku itu dah adat perlumbaan, mesti bertarung sampai penamat...
“Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi,” kata Cortese di sidang media yang menyaksikannya diiringi Zulfahmi dan pemenang tempat ketiga, Jonas Folger.
Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2
~Salam Mesra Dari yastro~
hafizmd · 646 weeks ago
My recent post Jangan Jadi Kera Sumbang…
Encik Anif 129p · 648 weeks ago
My recent post Alhamdulillah Saya Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air!
Berliku · 647 weeks ago
:)
My recent post Live streaming Vietnam vs Malaysia 3 November 2012
shraqs · 647 weeks ago
My recent post Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
Berliku · 647 weeks ago
My recent post Cara Semak Saman AES Online | Check AES Summons
hafidz · 647 weeks ago
lepas ni mesti dia perform hingga menjadi JUARA.
Yeah! 8-)
My recent post Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 2
hatiputera · 648 weeks ago
My recent post Jom Kritik Blog Eizil
ROJAK_PUNYA 74p · 648 weeks ago
My recent post Premium Beautiful Corset
tehr · 648 weeks ago
tahniah untuk semua jaguh malaysia
My recent post Pantun Dua Kerat Sebelum Tidur
Kaio · 648 weeks ago
jemputlah singgah, ada cerita masa kt MotoGP hari itu. dapat view best!
My recent post CTRE – Hak Dan Kesedaran Pemandu Pelancong Malaysia
Kaio · 648 weeks ago
jemputlah singgah, ada cerita masa kt MotoGP hari itu. dapat view best! :D
Berliku · 648 weeks ago
My recent post DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0
azrinbme 71p · 648 weeks ago
My recent post Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3
JebengOtai™ · 648 weeks ago
My recent post Siapa samseng sebenarnya?