Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia

on 12 November 2012

Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia! Tahniah aku ucapkan kepada rider Malaysia pertama yang berjaya mencipta sejarah Zulfahmi kerana berjaya sekali lagi menaiki podium pada perlumbaan terakhir musim 2012 ini iaitu di Valencia, Sepanyol.


Bermula dari petak ke 17, Zulfahmi terus cemerlang sehingga penamat dengan tempat ke 3 dan merupakan podium ke dua bagi anak Malaysia ini selepas podium tempat kedua di Sepang.

Untuk kedudukan keseluruhan pula, Zulfahmi berjaya mendapat tempat ke 7 dengan 128 mata. Zulfahmi juga yang telah berjaya menerima anugerah "2012 Most Improved Rider for Moto3"
Sukar untuk saya percaya keputusan podium yang saya catat. Litar agak basah dan licin, tetapi pada pertengahan perlumbaan saya ambil risiko untuk memberikan saingan kepada pelumba lain walaupun banyak insiden kemalangan yang berlaku. 
Saya gembira dapat menaiki podium buat kali kedua tahun ini, setelah saya bermula di petak ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, ini keputusan yang cukup hebat," katanya yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketujuh keseluruhan setelah mengumpul 128 mata. 
Menurut Zulfahmi, ketika saingan berlangsung dia tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan dan masih sukar untuk menerima keputusan yang dicatatnya. “Saya memang benar-benar sukar hendak percaya keputusan hari ini (semalam), saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan. “ 
Terima kasih kepada pasukan saya, penaja KTM dan semua orang yang selama ini memberikan sokongan kepada saya. Tahun depan, saingan bakal menjadi lebih kompetitif dan saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, begitu juga dengan jentera," ujarnya.
Tahun depan, Zulfahmi bakal berlumba dengan team KTM yang mana aku pasti akan lebih memberikan peluang besar untuk dirinya mencipta nama di pentas Moto3. Kalau boleh...kasi beat itu Danny Kent dgn Sissis tu...hehehehe...Insyaallah.

Tahniah juga buat SIC sebab terima anugerah dari Dorna sebagai Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.

#Untuk mengetahui secara terus perkembangan Zulfahmi, boleh masuk terus ke fanpage beliau di Zulfahmi Official Fan Page. Kasi like banyak2 utk rider mesia nih.TQ.

Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia
~Salam mesra dari yastro~



Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved