Isu Farid Kamil Pakai Uniform Jadi Perhatian

on 08 Disember 2012

Isu Farid Kamil Pakai Uniform Jadi Perhatian ! Salam semua sahabat, pertamanya dulu aku nak ucap tahniah  atas perkahwinan antara Farid Kamil dan selebriti Diana Danielle. Semoga berbahagia sepanjang hayat dan dimurahkan rezeki.

Isu Farid Kamil Pakai Uniform Jadi Perhatian


Majlis resepsi perkahwinan Farid Kamil dan Diana dah berlalu pada 1 Disember lalu, namun ketika melihat gambar tu aku juga terkejut kerana pakaian yang Farid Kamil pilih. Bukan aku saja, rakan2 opis pun ada yang merungut...."pehal lak Farid Kamil pakai pakaian tentera?"

Btw, aku pun konfius sebenarnya...tu pakaian istiadat PDRM atau ATM ? Kalau benar itu pakaian istiadat PDRM atau ATM, rasa hairan juga sebab sepatutnya hanya anggota sahaja yang dibenarkan pakai. Orang awam mana boleh pakai pakaian tu, apetah lagi nak lalu bawah pedang!!! Tapi...dari apa yang aku baca menerusi blog....Farid Kamil dah kautim dengan PDRM masa dia naik pedati tu....tak tahu lah aku...

Tapi masa tu, aku dok fikir biarlah...ape ader hal kan, mungkin dia dah ada aksess kot Tub2 hari ni aku terbaca menerusi sebuah blog, Hazrey, yang mempersoalkan kelayakan Farid Kamil memakai pakaian istiadat tersebut. Erghh......rasanya dia ni wartawan, kalau dia pun tanya begitu, aku pun rasanya banyak juga mende yang nakditanya.

Punya hot blog Hazrey tu sampaikan KJ pun masuk komen.....iskkkk....brader2 tentera dan polis lagi la....berdesup komen kaw2....Apapun aku harap mende2 gini dapat diselesaikan dengan cara baik.. Satu lagi, lepas ni tolong la para retis yang nak nikah....tolong la jangan ulangi apa yang dah Farid Kamil buat!

Isu Farid Kamil Pakai Uniform Jadi Perhatian


Okey, kalau nak baca apa yang Hazrey tulih.....sila masuk kat sini....


# Hurmm...serius, aku setuju sangat dgn apa yang blog Hazrey tu tulih......

Isu Farid Kamil Pakai Uniform Jadi Perhatian
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
sebenarnya dia tak layak senang cerita. paakaina istiadat tentera ATM ( polis lain cita) sebaba aku ATM....hanya layak dipakai oleh anggota tentera sahaja memgikut pangkat dan kelayakan.

Kalau apa yang badut tu pakai dgn pedang pulak.... itu hanya layak untuk pegawai sahaja.......aku rasa tu polis rank..tapi itu pun tak boleh ..sapa dia badut nii...masuk atm laa jadi pegawai tauliah agung then layak laa peprasan sungguh. Pihak yang berwajib patut ambil tindakan . Amamt memalukan. Apa dia ingat ATM ni boleh dan nilai nya macam tu kaaaa...apa laaa bodoh tol tak tahu ..tanya? jgn buat bodoh jaa jgn nak glamour jaaajgn laa sentuh adat dan menodai ATM culute untuk syok kor jaaaa. BADOTT tetap badot..
Memang menjadi kesalahan orang awam memakai uniform tentera, apa entah lagi memakai uniform dengan menggunakan pangkat Mej Jeneral. memang terdapat larangan pemakaian uniform tentera oleh orang awam terdapat di dalam Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Ke 390 yang telah diluluskan. Sesiapa yang melakukan kesalahan sepertimana di dalam perihal dokumen tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 140 dan 170 Kanun Keseksaan (AKTA 574).

Pemakaian uniform tentera untuk tujuan lakonan di dalam filem, drama atau pementasan teater tidak menjadi kesalahan tetapi penerbitnya perlu memohon kelulusan daripada Bahagian Perhubungan Awam, KEMENTAH untuk mendapatkan khidmat nasihat dari segi tatacara pemakaian yang betul. Sebagai contoh, adalah menjadi kesalahan besar sekiranya sesuatu adegan filem itu memaparkan Majlis Makan Beradat (Mess Night) dengan para pelakon memakai Mess Kit dengan Peak Cap atau Songkok Tentera. Sekiranya ianya terjadi, sudah tentu Warga Tentara akan terasa diperlekehkan termasuk DYMM Seri Paduka Bagainda Yang Di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM kerana Baginda sering memakai pakaian tersebut bila menghadiri Mess Nite yang dianjurkan.
Salam Yas. Terima kasih.

Hidup perlu ada tertib. Hidup perlu ada satu landasan di mana boleh, di mana tak boleh. Kalau semua kita rasa kita mahu buat tanpa undang-undang, apa kata kita keluar rumah tanpa berbaju. Itu undang undang lazim. Kita perlu berbaju. Kita perlu berhenti di lampu merah. Tanpa peraturan, kita pulang ke zaman batu. Even zaman batu pun ada undang-undang, mereka bangkit dan mencari makan untuk hidup.
Kenapa la dia ni farid tak tanya dulu boleh pakai ke x baju tu..
My recent post 2012 Tahunku Yang Kacak
Mungkin anggota keselamatan merasakan hanya yang layak memakai pakaian seragam tersebut. Mungkin mereka bimbang ramai orang awam menjadi ikutan pada masa hadapan.

Kalau di Las Vegas pasangan yang ingin berkahwin segera boleh memilih tema perkahwinan mereka termasuk paderi berpakaian Elvis Presley. Itu berlaku dibarat janganlah pula tiru.

Semuanya donia.
My recent post Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim
saya pon x reti nak komen sebab x faham akan isu nih, tp mungkin niat dia cuma nak kelihatan bergaya sahaja kot, saya lihat farid memang kena la ngan baju tuh, nmpk bergaya, ehhee
My recent post Kentucky Fried Chicken (KFC) – New Percik Sauce
tapi masa berlakon, memang boleh pakai apa sahaja, kan?
My recent post Piala AFF Suzuki 2012 | Filipina Vs Singapura
Hmmm.. Artis buat apa pun tetap jadi isu... lebih-lebih lagi kalau tak ikut protokol!
My recent post iPhone 5 - Harga Bermula Dari RM2199
Memang menjadi masalah tu. Bukan simply orang boleh pakai
seragam + pangkat + berjalan bawah pedang mcm ni..
My recent post iPhone 5 gadget impian - mesti undi

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved