Google Authorship Program - Akhirnya Dapat Juga | Lelah aku rasa, mana taknya selama ni aku asik dok tengok rakan2 blogger lain je yang dapat authorship dari google ni. Rasanya dah dekat 7/8 bulan gak aku menanti authorship ni. dah macam menunggu buah durian yang tak nak gugur lak rasanya.
Btw, serius aku kata, selama ni bila aku buat research keyword kat google, aku asik dok nampak kawan2 lain dah dapat authorship tu. Bertambah termenung la lagi aku jawabnya. Bukan apa, rasanya aku dah buat semua keperluan untuk dapatkan authorship tu, tapi tah mengapa google macam wat tak reti je kat blog aku. Alhamdulillah, siang tadi masa aku cuba search balik keyword2 untuk entri aku, aku dah nampak mamat hitam putih tu keluar....yahooooo, rasa puas ati gak laaa....
Entri ni yang aku nampak authorship tu kuar petang tadi |
Mungkin ada yang bertanya, kalau dah buat kenapa lambat sangat google nak bagi status authorship kat aku? Serius, aku tak de jawapan. Mungkin sebab entri, mungkin cara aku pasang tu tak betul dan banyak lagi kemungkinan yang aku pun tak pasti. Kalau ada pakar yang boleh jelaskan pasal hal ni bagus jugak. Tapi yang nyata, aku pasti setiap cara atau langkah untuk dapatkan authorship tu aku dah buat dan rasa2nya semuanya dah betul dah.
Ada orang kata, bila dah dapat authorship tu lepas ni kena lebih peka, kena lebih berhati2 dalam berblog. Ye la...sebab google dah percaya kat kita kan, kita kena balas la balik jasa dia. Bagi aku, aku akan cuba buat yang terbaik, maklumla berblog ni kenkadang ikut mood jugak. Apapun, terima kasih la pak google ekkk. Tapi bab2 google adsense untuk blog BM aku masih tak puas/sakit hati lagi, bab2 tu memang tak boleh nak berterima kasih kat depa. Apa guna dapat authorship, tapi GA depa still kedekut.-ha3x!! ayat merajuk.
Kelebihan bila dapat authorship ni yang aku nampak satu jer.....SEO. Yup...dari segi seo, google authorship ni macam ada kelebihan sikit la berbanding site2 yang belum dapat. Tapi tak semestinya bila tak dapat authorship tu entri tak boleh duduk kat first page. Kalau kena dengan cara dan gayanya, yang tak de authorship tu lak yang asik duk atas jer, yang penting macam pepatah blogger selalu tulih tu, "content is KING".
Okey, bagi blogger yang belum ada tu, bawak2 bersabo la yerr....aku sendiri pun jenuh jugak nak dapat natang nih. Tapi bila dah dapat, semangat berblog tu macam dah pulih jerrr....hahaha-sungguh ker?
Google Authorship Program - Akhirnya Dapat Juga
~Salam mesra dari yastro~