Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu? Sekarang ni tengah heboh dengan berita Tentera Diraja Sultan Sulu yang dikatakan sanggup mati dari keluar dari bumi Sabah.
Dengan tempoh akhir amaran dari kerajaan Malaysia telah berakhir, pihak Tentera Diraja Sultan Sulu sendiripun telah membuat andaian, mereka bakal diserang oleh Polis Dan ATM pada hari Selasa (semalam). Dan aku rasa, dalam masa yang terdekat ini pihak ATM dan PDRM akan melaksanakan misi tersebut. Ini berikutan satu kenyataan akhbar dari Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang berkata:
“Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”Aku secara peribadi akan berasa agak sedih kiranya pihak ATM dan Polis melaksanakan misi tersebut. Pasti akan ada nyawa yang melayang bila pihak Polis dan ATM mengambil tindakan. Namun, hakikatnya Malaysia yang didalamnya terkandung negeri Sabah adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.
Bagi pihak Sultan Sulu pula, mereka masih lagi menganggap Sabah adalah negara mereka berikutan perjanjian lama. Kesultanan Melayu Sulu merupakan salah satu dari 3 Kesultanan Melayu yang hebat satu ketika dahulu. Dua darinya Kesultanan Melayu Pattani dan Kesultanan Melayu Champa.
Mengikut pemahaman kau, setelah dipisahkan oleh pihak Inggeris satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah "sewa" kepada pihak Sultan Sulu. Tapi aku tak pasti, adakah hingga sekarang sewa itu masih dibayar kepada Sultan Sulu. Btw, setahu aku pihak Malaysia mengatakan ianya adalah satu pampasan.
Satu lagi info yang aku dapat dari blog tausug, penceroboh ini adalah dari keluarga Kiram, iaitu keluarga yang dikatakan beria-ia mahukan kuasa (gila kuasa) tetapi gagal kerana rakyat Sulu sendiri tidak memilih mereka. Sebaliknya Sultan Bantilan II telah dipilih rakyat Sulu walaupun beliau cuba menolak. Beliau menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Mungkin terdesak, kumpulan keluarga Sultan Kiram ini nekad untuk melarikan diri ke Sabah.
Sultan Bantilan II |
Bagi aku, kes Sultan Sulu ni bukanlah satu kes yang terpencil didalam dunia ini. Banyak lagi kaum dan bangsa seperti Kurdish dan Pattani tersepit sama seperti kes-kes Sultan Sulu ini. Mereka terus berjuang untuk mendapatkan hak-hak mereka. Bezanya kes Sultan Sulu ni baru ni je nak meletup. Jadi kenapa mereka secara tiba-tiba buat tindakan drastik begini? Benarkah dakwaan ada satu Kuasa Besar dibelakang mereka yang mendokong isu ini? Adakah mereka itu pewaris sebenar Kesultanan Sulu? Dan adakah kerana perjanjian damai antara MILF/MNLF dengan kerajaan Filipina sebelum ini telah menyebabkan kemasukkan mereka ke Sabah?"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” kata Sultan Jamalul Kiram III kepada pemberita di Manila.
Apapun, harapan untuk melihat penceroboh ini keluar dari negeri Sabah semakin pudar. Aku tinggalkan korang dengan sepatah perkataan dari Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam' di Indonesia, iaitu Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab..
"Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka".
BERIKUT adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung
Tanduo, Lahad Datu.
11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad
Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai
berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'
antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan
secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal
bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan
kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis
di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
# Pihak Keselamatan telah memulakan serangan terhadap penceroboh Sulu di Kampung Tanduo pada jam 7.00 pagi, satu kenyataan telah dibuat oleh PM berkenaan serangan ini. (05 March 2013)
# 3 F18 Hornet dan 5 Hawk digunakan dalam misi mengebom penceroboh.
# Mayat 20 anggota penceroboh/pengganas ditemui setakat ini.
Kredit - tausug global,
Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu?
~Salam mesra dari yastro~