Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis

on 04 April 2013

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis | Polis mencari seorang lagi lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan kes pencerobohan di negeri ini.

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki berusia 57 tahun yang mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu itu dikenali sebagai Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl dengan alamat terakhirnya adalah di Kampung Bawang, Tamparuli.

Sebelum ini, seorang Dato Seri Muhammad Ridhwan, telah menyerah diri kepada pihak polis berikutan aktiviti beliau yang mencurigakan iaitu menyalurkan bantuan kewangan kepada Kesultanan Sulu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Datuk Seri Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dipercayai mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu termasuk menyalurkan dana kepada pengganas.

“Individu ini diminta menyerah diri di balai polis berhampiran kerana polis yakin dia (Clarence) masih berada di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi polis,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Sumber

http://kezoom.blogspot.com/2013/04/seorang-lagi-dato-seri-di-buru-polis.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Lagi__8216_DatukSeri__8217_diburu//Article
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved