Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

on 11 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112 | Tanggal 12 Januari 2013, Sabtu ini, Pakatan Rakyat akan menanjurkan satu perhimpunan yang digelar "Himpunan Kebangkitan Rakyat" bertempat di Stadium Merdeka.

Tujuan perhimpunan. Antara misi dan visi yang telah dibangkitkan adalah kerana 8 perkara. Ianya adalah kesinambungan misi dan visi yang sama dari himpunan Bersih yang lepas.
  • Menuntut Pilihanraya yang Adil dan Bersih
  • Membebaskan Tahanan ISA
  • Memertabatkan Bahasa Ibunda
  • Menuntut Pendidikan Percuma
  • Menyelamatkan Kampung Warisan dan Tradisi
  • Menyelamatkan Alam Sekitar
  • Memulangkan Royalti Minyak Kelantan
  • Menyelamatkan Felda

Tempat Berkumpul Himpunan Kebangkitan Rakyat

Pihak penganjur telah menetapkan lapan tempat berkumpul (semuanya di sekitar Kuala Lumpur) yang akan mewakili setiap kumpulan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan akan diketuai sekretariat penganjur sebelum berjalan secara aman menuju ke stadium.

1. Kumpulan Mahasiswa
Kumpulan itu akan berkumpul di Masjid Universiti Jalan Pantai dan diiringi aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan Safuan Anang serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

2. Kumpulan Parti Sosialis, Kartunis
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, aktivis Empower Maria Chin Abdullah, serta kartunis Zunar akan mengiringi penyokong himpunan yang akan bermula di Brickfields.

3. Kumpulan Felda Dan Kelantan
Di KLCC pula, NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan Gabungan Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan ‘R’ akan diketuai Pengerusi Anak Mazlan Aliman, Exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim.

4. Kumpulan ‘Selamatkan Jalan Sultan dan Kampung Warisan’ 
Kumpulan ini akan mula berjalan dari Jalan Sultan diiringi pengerusi Muafakat Ishak Surin serta Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.

5. Kumpulan Wanita Pakatan Rakyat
Sementara di Pasar Seni, kumpulan Wanita Pakatan Rakyat akan diketuai Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Muda, Teresa Kok (DAP-Seputeh), serta Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

6. Kumpulan Hijau
Sementara itu, kumpulan hijau ‘Selamatkan Lynas’ yang diketuai pengerusinya Wong Tuck akan berkumpul dari Dataran Merdeka dan dibantu Exco Selangor Ronnie Liu.

7. Kumpulan Masjid Negara
Bagi warga kota dan penyokong yang mahu singgah menunaikan solat terlebih dahulu di Masjid Negara pula, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

8. Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia
Manakala Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharim akan mengetuai kumpulan itu bermula dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Hak Rakyat

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan adalah artikel yang menjamin kebebasan untuk berhimpun secara aman [ perlu benar2 didalam keadaan aman.- sefaham aku laa...] Antara syaratnya,
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.




# Bagi aku, semoga Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini berjalan dengan aman, tiada kekecohan dan kerugian keatas harta benda seperti yang telah berlaku seperti masa lepas.

Kerajaan nak atau tidak, aku rasa memang kena akur dengan tuntutan sebilangan hak rakyat untuk perhimpunan ini, apetah lagi PRU13 semakin hampir.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini juga akan diperhatikan oleh semua rakyat Malaysia, segala tindak tanduk peserta dan juga polis diambil kira. Mungkinkah perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menjadi cermin untuk PRU13 nanti? 




Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved