GAMBAR SAPPHIE - UPGRADE UNTUK PREVE'

on 18 April 2012

GAMBAR SAPPHIE - UPGRADE UNTUK PREVE'
Nampaknya aku terpaksa "pinjam" gambar orang lain semata2 untuk buat post ini. Inilah rahsia terakhir dari Proton yang betul-betul berjaya dikekalkan sehingga kesaat PM kita sendiri yang menarik kain yang menyelubungi kereta tersebut.

Mengikut cerita kawan aku [petugas disana], semasa semua model Preve telah dibuka dan dipertontonkan kepada orang ramai, hanya tinggal model ini sahaja yang belum dibuka kainnya dan menjadi perhatian para "paparazi" disana. Ada juga cubaan nak menyelak kain tersebut, tapi kawalan dari sahabat aku memang baguih....Akhirnya kesemua "paparazi" tersebut terpaksa menunggu kedatangan PM sendiri kemudian barulah mereka dapat melihat serta mengambil gambar. Suasana agak kelam kabut disekitar Proton Sapphire, rakan aku sendiri hampir2 terjatuh akibat semua berebut untuk mengambil gambar...he3x!! Pengalaman tu bro...:)

Tentang cerita sama ada Preve Sapphire ini akan menjadi versi SE atau tidak....kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Kalau mengikut dari model saga BLM dan Exora yang dulu2...apa gamaknya yang korang rasa?- Kredit kepada PaulTan kerana gambar2 ini semua.







#Kalau berkesempatan dan dibenarkan, aku akan share dengan korang semua gambar model Preve' kecil [scale model] yang telah dihadiahkan kepada PM kita....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved