POLIS LELONG BARANG KEMAS DAN LAIN2

on 19 April 2012



Serius...kalau korang ada sedikit "rm" dan memang berhajat untuk membeli barangan kemas atau jam tangan mewah buat anak-anak,isteri mahupun yang tersayang, saya cadangkan anda menghadiri satu lelongan awam yang akan dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 23 April 2012 nanti. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk melihat dahulu kesemua barangan tersebut sebelum terbabit dalam aktiviti lelong ini. Ikuti berita yang saya petik dari mStar ini...

KUALA LUMPUR: Ingin memiliki rantai emas yang pernah dimiliki oleh pengedar dadah?
Anda boleh, dengan berkunjung ke lelongan awam anjuran pihak polis yang akan memperlihatkan jam tangan mewah, barang kemas dan barang berharga lain yang dirampas daripada pengedar dadah.
Orang ramai boleh melihat terlebih dahulu barangan tersebut di Aras 13, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dari pukul 9 pukul pagi hingga pukul 4 petang, Khamis.
Lelongan sebenar akan diadakan di Dewan Perkey, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Isnin.
Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf, barang-barang berharga ini termasuklah rantai emas, gelang, cincin, anting-anting, jam tangan Rolex dan set televisyen.
"Barang-barang ini telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
"Berikutan kejayaan pendakwaan pengedar dadah, kes dianggap ditutup dan barang-barang berharga dan harta yang dirampas itu boleh dilupuskan atau dijual.
"Sebelum ini, kita menjual barangan melalui tender tender atau saluran lain tetapi kali ini kami telah memutuskan untuk membuat lelongan awam," katanya.
Kebanyakan barang berusia antara lima dan 10 tahun. Terdapat lebih daripada 1,000 barang untuk bidaan.
Untuk barang kemas sahaja, nilainya adalah jutaan ringgit berdasarkan nilai pasaran semasa.
Adalah difahamkan bahawa tawaran permulaan bagi beberapa barang berharga serendah RM400.
ACP Ramli berkata lelongan ini telah menarik minat ramai orang, sambil menambah bahawa ramai yang telah membuat panggilan untuk menempah beberapa barangan berharga.
"Walau bagaimanapun, tempahan tidak dibenarkan kerana kita mahu memberi semua orang peluang yang adil untuk membida."

#Wahh...polis dah buat lelongan awam...rasa2nya mmg ramai yang akan datang ni nanti...he3x!!! 



Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved