Me & MIG 29 ~ scale model...

on 17 April 2010

Satu masa dahulu......kisah aku dan rakanku di Proton, berdasarkan kisah benar....kisah aku & Mig 29 scale model secara ringkas.

Mandor hasyim tgh baca dan plan drawing..err, mandor.."bomb tak nak buat gak kerr?"
Kepingan drawing yang telah dipoton dan ditampal dgn plywood
Sempena dengan Technology Day di Proton Shah Alam pada tahun 2010, aku dan rakan aku yang dikenali dengan nama kod James Bondnya iaitu Mr Mandor telah membuat keputusan untuk buat satu kelainan...yup kelainan dengan membuat scale model jet fighter MIG 29 (konon2nya tiru macam jet TUDM). rakan yang lain ada buat model penyu menangis, duit syiling beso...dan bagi designer lak tak de la sibuk sangat...buat live rendering jerr (masa hari tech day tu)
Susun kepingan drawing tu..reffering model tu..hok kecik molek tu
Cam biasa, baca drawing yg dikutip dari mr google, pas tu print kasi besar sikit...pas tu plan la nak start ngan material apa. Biasanya guna foam ngan hard epoxy yang kami panggil araldite.

haaa...ni la dia yg kami panggil araldite...mix material A ngan B...pas tu uli cam tepung kuih sampai sebati
Proses penampalan epoxy pada model. Pas tu pe lagi...bak kata kumpulan Spider la..."gosok jangan tak gosok sampai berkilat..."he3x!!! Tapi x de la sampai berkilat...kene la follow shape yang drawing yang dah ada tu...

Sand paper(sander paper #60) kasar giler beb....
Dah nampak bebanyang dia sesikit lor....
Pas tu cam biasa lagi...tampal dan dapatkan shape yg dikehendaki...tampal dan sanding dan paint surfacer!!!

paint surfacer ni gunanya tuk cover tang bubble kecik dan kesan kertas pasir yg kasar2...no hardener
Huiyooo...dah dekat nak siap nihhhh......


Malangnye selepas proses ini...kaki aku injured pulak disebabkan kegatalan nak main futsal...lawan pulak masa tu bebudak muda dari Styling Perodua...Hmmmm, tak pasal2 aku mc 1 bulan....adehhh......tulang kaki aku crack la plak...Off course, time ni yang paling nyaya ialah kawan aku si Mandor Hasyim tu, nak tak nak dia kene proceed keje sorang2...tapi nak wat cmne kan....Bukannya aku sengaja nak kasi kaki aku retak....huhuhu


kaki StarWars...Nickey Hayden pernah pakai mende ni jugak wooo.....
Memula doktor Ariff  (Salam Med Centre) nak simen...tp aku x nak..tu yg doktor bagi aku pakai satu alatan khas..mahal mende ni, RM 700.00 kalau x silap aku...Bila pakai jer, tetiba aku rasa kaki aku ni dah macam kaki Droid Starwars pulak...hehehe.

Inilah harinya, Proton Tech day, mig aku dr rear view
side view...

Dipendekkan cerita...debuk debak...Akhirnya...siap juga MIG 29 nih....walaupun aku x dapat buat finishing seperti yang aku kehendaki. Dan pada hari tersebut...aku gagahkan diri juga datang bawak satu famili untuk suport kawan2 lain walaupun masa tu aku masih lagi bertongkat satu..


# Ingat dihati bila kaki dah baik nak sambung buat detailing lagi...last2 bila keje dah berlambak...penyakit maleh datang menyerang la plak...Akceli retak kat kaki aku tu bersambung "tak cantik"...semuanya gara2 aku tak de disiplin...pakai kaki Starwars tu jarang2, padan muko aku...hehehe
Ranking: 5

Comments (19)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
rosli_rmaf_engineer's avatar

rosli_rmaf_engineer · 663 weeks ago

Walau pun tanpa logo, insignia dan standard color scheme TUDM, ianya masih lagi model yang sangat cantik dan detail. Basic surface finish memang smart. Ini memang dah terbaik! Tak ramai orang yang mampu atau punya determination nak buat cenggini. Tahniah bro!
1 reply · active 663 weeks ago
Terima kasih ats pujian bro tu...segan gak bila eng rmaf dtg kasik komen nih.... :D
afizal aziz's avatar

afizal aziz · 686 weeks ago

salam bro, ada amik tempahan buat model ke..?berapa kos...?berapa lama siap...?boleh contact saya. email afizal_b@yahoo.co.uk
3 replies · active 682 weeks ago
Salam kembali bro...saya tak ambik tempahan bro...kerja yg ada skg pun dh tak larat nak buat...tapi saya akan simpan email bro ini sebagai rujukan tuk masa depan...terima kasih krn singgah sini... :D
klau btul lu nak wt duit.......lu leh untung ribu2 ni sebijik......klau kat kpl lu ada symbol2 mcm kat kpl btul......mmg lg terbaik.............
Tau bro, mungkin pencen nti leh cuba2 buat kot...bab2 sticker tu leh tempah kt kedai, cuma nak kena gi cari jee...
afizal aziz's avatar

afizal aziz · 686 weeks ago

serious job from a serious buyer InsyaAllah. mohd afizal aziz.
1 reply · active 686 weeks ago
Masa skg ni tak mengizinkan tuk saya buat model bro..... :(
menakjubkan sangat ,salm kenal kunjungi balik yo!
2 replies · active 690 weeks ago
Udah cuba masuk ke blog kamu...tapi agak payah bro...nti dicoba lagi yaaa...jus-manggis.fazry kan bro?
Terima kasih...insyaallah akan berkunjung balik nanti... :)
smart model nie bro... lagi smart kalo letak livery TUDM... 1:32 punya scale ke nie?.. nice job...
1 reply · active 692 weeks ago
Smart tak siap bro...hehe :D , livery TUDM??... Memula tu mmg la cadang nak buat...last2
sampai skg tak siap...he3x!! Scale tu den dh lope la bro...rasanya 1:25 kot...
memang Cun yeop.

Teman pun minat juga buat scale model, Hobi teman sekarang ialah plastic model, latest projek 2011 - M1A1 Abrams..tak tahu bila nak siap..hehe
My recent post ~~Wordless Wednesday~~ Ducati Diavel
1 reply · active 694 weeks ago
Okeh da tu bro...jalan pelan2 pun x pe....janji siap :D

#Waaa...model keta kebai tue...da siap nti bagi tau aku, aku nk tengok...
-Hantu Durian-'s avatar

-Hantu Durian- · 697 weeks ago

minat sy suka kepada techical drawing...tambahan lagi technical drawing yg paling sy minat ialah kereta kebal...bolehlah kita bertukar2 pendapat...ini email saya Wak_sibu@yahoo.com...2jarang anak2 muda di Malaysia ni mahir mengenai kemahiran ini...dan mengenai model kamu diatas itu...sy thumbs 5 star buat kamu walaupun model tu tak dihabiskan lagi...ps-tak mahu cuba reka model sendiri ke? ^_^
1 reply · active 697 weeks ago
Terima kasih HD kerana datang ke blog saya. Tak sangka pula ada yang berminat dengan tech drawing...tambah2 kereta kebal. Insyaallah sy boleh je jika nak bertukar2 pendapat. Lagi bagus jika berkongsi ilmu kan.

Mmg jarang anak muda di Malaysia suka kpd mende2 mcm ni. Tetapi sy tau, masih ramai juga rakyat malaysia yang boleh buat model tetapi kurang pendedahan. Saya ni dikira bernasib baik sebab bekerja dgn Proton dan mengutip ilmu disini. Kalau tak saya sendiri pun tak kenal apa itu tech drawing.

Btw, kebanyakkan masa saya yg free ni dihabiskan kat blog...so nak buat model sendiri mmg lambat laa....hehehe

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved