Yamaha menang lagi....(Qatar 2010)

on 13 April 2010



Valentino Rossi...
antara pelumba yang sangat2 aku kagumi..kali ini menang di Qatar dan telah lama membuktikan bahawa beliau memang benar2 susah untuk ditewaskan..bermula dengan baik..Rossi terus memimpin kelompok pelumba dari awal sehingga akhir perlumbaan.

Beliau antara pelumba yang jarang melakukan kesilapan dan kali ini berjaya berada di atas podium di Qatar. Musuh utama beliau adalah (pada pandangan aku) Stoner dan juga Lorenzo. Kali ini Stoner hampa kerana bukan saja tidak dpt menghampiri Rossi malah terjatuh sehingga gagal memberikan sebarang mata buat beliau dan pasukannya.

Lorenzo pula seperti biasa terus menerus cuba menghampiri Rossi. Usaha beliau patut dipuji kerana masih lagi belum pulih dari kecederaan tangan. Dan aku memang sangat2 kagum dengan semangat para pelumba di FIM MotoGp yg mana boleh dikatakan "hati terlebih kering". Walau dlm kesakitan mereka tetap memberikan 100% komitmen terhadap tugasan mereka. Aku harap ini menjadi contoh tauladan kepada pelumba di tanahair tercinta kita Malaysia.

Tapi aku tau para pelumba kita pun memang "hati kering gak"...kerana majoriti dari mereka adalah dari pelumba jalanan yg memang sentiasa mempertaruhkan nyawa....tp elok la ditukarkan sikap tu dr di jalanan kepada satu cara yg lebih sah dan memberi makna kepada negara terutamanya...
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved