Bapa saman anak...kenapa?

on 16 Julai 2010

Salam semua Bloggers..
Dalam aku tengah duduk membelek paper online hari nie. Aku tererjumpe lak satu berita "Bapa saman anak" Memula tu aku rasa terkejut jugak, apsal lak si bapak ni nak saman anak sendiri. Tapi bila aku dah baca sampai habes, baru tau rupanya anak2 beliau Md. Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, (3 beradik) telah memaksa Baharom Long, 85 menandatangani surat akuan melepaskan  hak beliau keatas harta (tanah) dengan mengurung beliau kedalam sebuah bilik.

Persoalannya, anak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga beliau mengabaikan tugas tersebut, tapi hanya berminat keatas harta. Gamaknye dah tak boleh sabar sangat2 la,yg jadi mcm tu..tambah lak sumer dh berumur gak...lagi la kan...Mana tau sok2 dh "kiok", takut x sempat nak rasa harta pusaka lak kang..he3!!! 

bapa saman anak

BAHAROM menunjukkan dokumen saman terhadap tiga orang anak lelakinya di Mahkamah Sivil Shah Alam semalam. 

Okey babehh..
Meh kita tengok list kat bawah ni plak...

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah kepadanya." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).

Sumber:  Kosmo
              myMetro
              Tazkirah

Antara perkara/berita berkaitan:

Buang bapa
Kat Perlis lak

p/s:Dunia semakin gila..gila kejarkan harta (duniawi) sehingga ibu dan bapa sendiri terabai,terbuang,terseksa kerana diibaratkan kain buruk yg tidak berguna..sedihnye!!!
Kepada kamu2 yg buat perkara2 tu....
Bayangkan kamu sebagai ibu/bapa, dari saat anak kamu dilahirkan....dibesarkan dijaga,dibelai,disayangi,dilindungi dan bila besar mereka membuang kamu begitu sahaja...Kamu diabaikan,dibiarkan,dijadikan hamba......Apa perasaan kamu? Gembira kee...ingatan untuk diri aku sendiri.
            

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved