Lagi mengenai Hitler, satu kisah yg sangat2 mengejutkan...Terima kasih kpd rakan saya diFB (Hilmi Halim) kerana membenarkan terbitan semula di blog ni.Jom kita baca seterusnya...
BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.
Hitler mati dengan menembak dirinya semasa Jerman kalah dalam perang Dunia Kedua. Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.
Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.
Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.
Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.
Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya. Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.
Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.
"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.
"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara. Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. -Agensi-
P/s:Kalau benarlahh..pasti org2 Yahudi sendiri akan terkejut dgn berita ini..he3!!!
Ranking: 5
Recommended Posts
Adakah Holocaust Itu Benar Atau Sebaliknya....
Holocaust : Dongeng Yahudi
Pertanyaannya kini, apakah Holocaust itu mitos atau fakta? Saya yang bukan sejarawan, tentu tidak punya kebolehan untuk menjawabnya. Disarankan anda semua me ... readmore
HolocausT Siri 1
As Salam semua rakan bloggers.. Entri yg aku nak pinjam dari sahabat di FaceBook, Hilmi Halim
Terus terang aku cakap..aku akan kopi seketul dr entri yg beliau terbitkan tanpa ape2 ub ... readmore
Punca Dakwaan Mengenai Holocaust
Punca Dakwaan Mengenai Holocaust (Penghapusan Etnik Berbangsa Yahudi)
Ia sebenarnya berpunca daripada tindakan Hitler yang berjaya membawa Parti Sosialis Kebangsaan menguasai kerajaan dan ... readmore
Antara asal usul yahudiTelah menjadi hobi atau tabiatku untuk mengumpul cerita/kisah tentang Yahudi dan zionis. Disamping untuk pembacaan dan pengetahuan aku sendiri, aku kongsikan bersama buat sahabat yang lain didalam ru ... readmore
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar..Sunday, 11 July 2010 at 18:25 Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama ... readmore
Commentluv aku do follow, Tapi menggunakan HTML code/link untuk "ping" entri di ruangan komen adalah tidak dibenarkan kerana backlink sudah diberi di ruangan commentluv. Apa pun semuanya bergantung kepada budi bicara aku sendiri.Tq kerana singgah dan memberi komen. Insyaallah aku akan balas komen dan blog korang juga nanti.