Project Serbuan Subuh (Dawning Raid sept1981)

on 04 September 2010

Salam semua,hari ni aku nak share sesuatu mengenai Project Serbuan Subuh pada Sept 1981 yg dilakukan oleh agen2 terlatih kerajaan Malaysia pada waktu itu(pehh..cam ala2 perang lakk..he3!!)
Story nih aku cilok kat Cari Forum dan diedit oleh aku sikit2..Ape pun kredit to Cari Forum..

Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek  hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


 Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya
mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut  Britain pada masa itu.

dari utusan online..

KUALA LUMPUR 21 April...

Projek serbuanwaktu subuh yang merintis kejayaan Malaysia membawa balik syarikatperladangan negara KumpulanGuthrie Bhd. (Guthrie) dari London

merupakan projek kerajaan yang dimulakan sejak pemerintahan TunAbdul Razak lagi.

KetuaEksekutif dan Pengurus Besar PermodalanNasional Berhad (PNB)yang pertama, Tan SriMohd. Desa Pachi berkata,
usaha membawa balik Guthrie,

yang sebelum itu dikenali sebagai GuthrieCorporation PLC
diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak
untuk membawa kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di
BursaSaham London  
termasukGuthrie.

Sambil mengimbas sejarah kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka di dunia itu,
beliauberkata, percubaan kali  pertama membawa balik Guthrie
gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie
pada masa itu terlalu mahal.

Bagaimanapun,usaha kedua setahun selepas itu yang dirangka dengan lebih sistematik telah membuahkan hasil yang membanggakan
apabila kerajaan berjaya membawa kembali Guthrie
di bawah kawalan rakyatMalaysia.

Melalui usaha yang dirancang rapi selama setahun selepas percubaan pertama gagal,
PNB berjaya menguasai Guthrie Coproration PLC pada 8September1981 menerusi projek yang kemudiannya dikenali sebagai "dawnraid atau serangan menjelang subuh", katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd.Desa mengulas dakwaan bekas Ketua Eksekutif PNB
TanSri  Khalid Ibrahim bahawa beliau adalah
orang yang bertanggungjawab mengusahakan
proses membawa kembali Guthrie.

Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya kecil Dewan UndanganNegeri kawasan Ijok
pada 28 April ini merupakan Ketua Eksekutif PNB yang kedua.

Mohd. Desa berkata, PNB terlibat secara langsung merangka strategi untuk membawa balik Guthrie pada masa itu.
Menurut Mohd.Desa,selepas setahun beliau dilantik oleh kerajaan
sebagai KetuaEksekutif dan Pengurus Besar pertama PNB pada 1979,
beliau maklum mengenai ura-ura membawa balik Guthrie.

Mengulas lebih lanjut mengenai serbuan waktu subuh atau Dawn raid tu,
beliau berkata,sebelum itu secara kebetulan kerajaan telah pun menguasai sebahagian Sime Darby.
Katanya,atas arahan kerajaan,
Sime Darby kemudian melantik RotchildMerchantBank
untuk menjadi penasihat kepada PNB dan Sime Darby
dalam usaha mengambilalih Guthrie.

Malangnya, percubaan pertama itu gagal kerana harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal, katanya.
Mohd.Desa berkata, usaha itu kemudian terhenti seketika kerana mengikut
undang-undang pelaburan di Britain,

usaha seumpama itu hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu.

Berikutan itu, Gabenor BankNegara Malaysia (BNM) kedua,
Tun Ismail Mohamed Ali dan Rotchild merangka strategi

dengan mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan diBritain.
Katanya, setahun selepas itu, setelah merancang dengan teliti, negara akhirnya bersedia untuk meneruskan projek tersebut.

Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya dipejabatnya
memaklumkan bahawa seorang pegawai Rotchild,

Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London
untuk menemui saya menerangkan tentang projek dawn raid.
Saya sempat bertanyakan kepada Tun Ismail apakah itu dawn raid?,
tetapi tidak dijawab oleh Tun Ismail selain menyatakan bahawa
Armitage akan menjelaskan kepada saya kelak dalam pertemuan itu nanti, katanya.

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projek dawn raid,
dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usaha itu,
beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa

itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik
Guthrie dan bekerjasama dengan
pemegang-pemegang saham
serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Hasil perancangan yang teliti dan strategi yang betul,
PNB akhirnya berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC daripada
Bursa Saham London pada 8 September, 1981,

Katanya, kejayaan itu merupakan kenangan yang sangat manis bagi PNB dan rakyat Malaysia.



 #Antara bukti keupayaan mantan PM Dr M, setakat ni x de calon lain yg mampu menyaingi sumbangan beliau kpd negara..Aku memang respek habis kat mantan PM nih..
Dr M pemimpin yg dikenang sepanjang zaman...
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved