Adakah holocaust Itu Benar? [Part 4]

on 21 November 2010


Adakah holocaust itu benar


Tentera Yahudi Nazi Dibawah Pimpinan Adolf Hitler (II)


Tetapi, itulah hakikat yang harus diterima apabila beribu orang-orang Yahudi sebenarnya turut menyertai angkatan bersenjata tentera Nazi dibawah kendalian dan kebenaran Adolf Hitler sendiri. Bryan Mark Riggs, seorang pengkaji daripada University Cambridge telah berjaya mengesan salasilah keturunan Yahudi daripada lebih 1 500 orang tentera Nazi, termasuk 2 orang Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan 15 orang berpangkat Jeneral (2 orang Jeneral, 8 orang Leftenan Jeneral, dan 5 orang berpangkat Mejar Jeneral) yang mempunyai kuasa memberi perintah rasmi terhadap 100 000 orang tentera dibawah kendalian mereka.

Didalam hampir 20 kes, tentera Nazi berbangsa Yahudi didalam angkatan bersenjata Nazi telah dianugerahkan dengan anugerah terhormat dan tertinggi dalam ketenteraan Jerman iaitu ‘The Knight’s Cross’.

Kajian Rigg juga turut menemukan sebuah kisah yang berkisar mengenai operasi menyelamat seorang Rabbi besar Yahudi Lubavitcher oleh tentera Nazi, yang berada di Warsaw semasa perang meletus pada 1939.

Joseph Isaac Schneerson dari Amerika Syarikat demi menjaga keselamatannya, telah merayu untuk pulang ke Jerman. Schneerson telah dibantu oleh seorang pegawai Jerman dimana Rigg dalam kajiannya mendapati bahawa pegawai Jerman tersebut merupakan seorang pegawai berpangkat tinggi yang bernama Maj. Ernst Bloch dan bapa beliau merupakan seorang Yahudi.

Orang-orang Yahudi juga turut berkhidmat didalam angkatan polis Nazi dan pengawal keselamatan sebagai polis ghetto (Ordnungdienst) dan sebagai pengawal di kem konsentrasi (kapos).

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku untuk kita mendakwa yang Hitler menghapuskan semua orang-orang Yahudi, sedangkan pada masa yang sama beliau membenarkan orang-orang Yahudi menyertai angkatan tenteranya menentang Bolshevism dan kapitalis antarabangsa?

Gambar : Military service book of "half-Jew" Hermann Aub
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved