FA 18E/F Super Hornet?

on 08 Disember 2010

Berita ni dah agak lama (sekitar bulan nov), namun jika ianya menjadi realiti aku rasa pertahanan udara Malaysia memang bertambah mantap. Janganlah kerana hanya cadangan pembelian FA 18E/F Super Hornet ini, kita anggap ianya sebagai satu pembaziran semata2, anggaplah ianya satu insuran untuk negara, supaya negara lain tidak memandang kita dengan sebelah mata. Begitu juga kiranya ada anggapan Malaysia  membeli kerana berniat untuk menyerang negara lain atau pun menganggap kita memulakan perlumbaan senjata,semua tu hanyalah tanda tidak senang hati dengan prasangka yg negatif sahaja.


Btw aku rasa, pihak pemimpin kita bukanlah jenis suka mencari pasal dengan negara lain. Takkan senang2 depa nak meruntuhkan ekonomi dan keamanan negara. Adiosss untuk TUDM......semoga jadi kenyataan.







Written by FoN on Thursday, 18 November 2010 16:50   
KUALA LUMPUR - Super Hornet Boeing, pesawat tempur yang menawarkan pelbagai peranan pertempuran, merupakan kemajuan semula jadi barisan pesawat semasa Malaysia berdasarkan peningkatan operasinya menerusi lapan Hornet sedia ada, selain keupayaannya untuk memberi sokongan kepada tentera darat.
"Super Hornet mempunyai keupayaan, keanjalan dan prestasi perlu untuk memodenkan pasukan udara atau pasukan udara tentera laut mana-mana negara," kata Dennis Muilenburg, Naib Presiden Eksekutif The Boeing Company dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertahanan, Angkasa dan Keselamatan Boeing, sebuah unit dalam Boeing.


Beliau berkata minat antarabangsa terus meningkat untuk Super Hornet dan keupayaan pertahanan udara Malaysia pastinya meningkat jika ia kehadapan dengan pesawat yang mempunyai kelajuan lebih daripada 1.8 Mach.


"Keupayaan pelbagai peranan Super Hornet tiada tandingannya dalam pasaran hari ini," katanya pada sidang media semasa lawatan dua hari ke Malaysia minggu ini, termasuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Muilenburg berkata lawatan dua harinya ke Malaysia Isnin lepas juga bertujuan memastikan sokongan ke atas barisan lapan pesawat F/A-18D Hornet sedia ada yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tidak mendatangkan masalah.


Hasil perbincangan dengan Dr Ahmad Zahid dan para pegawai Kementerian Pertahanan, beliau berkata ternyata TUDM berpuas hati terhadap barisan pesawat sedia ada memandangkan ia menawarkan keupayaan, kebolehpercayaan yang hebat selain sokongan berkos rendah serta lasak.


"Jika kami berjaya mendapat kontrak Super Hornet dari Malaysia, sebahagian daripada program perindustrian kami akan meliputi kerja pengilangan komposit di Malaysia yang pastinya dapat meliputi komponen pertahanan," katanya.


Malaysia membeli lapan pesawat F/A-18D Hornet, yang diserahkan pada lewat 1990-an untuk kegunaan TUDM.


"Kami mahu terus menyokong usaha ini pada masa depan," kata Muilenburg yang menambah, Boeing menawarkan pesawat pejuang baharunya, F/A-18E/F Super Hornet.


Dilengkapi antara lain dengan 11 stesen senjata serta sudut serangan tanpa had, model F/A-18E model ialah pesawat satu tempat duduk manakala F/A-18F pula merupakan pesawat dua tempat duduk.


Muilenburg berkata Malaysia akan mempunyai kelebihan jika menggabungkan barisan pesawat Hornet dan Super Hornet pada masa depan memandangkan "ia sudah pastinya merupakan penyelesaian berkos efektif dan berkeupayaan tinggi."


Ditanya berapa buah Super Hornets Boeing yang mahu dijualnya kepada Malaysia menerusi Permohonan Untuk Cadangan (RFP) yang ditawarkannya kepada pelanggan, beliau enggan mengulas dengan mengatakan bahawa terserahlah kepada pelanggan untuk menentukannya.


Bagaimanapun berdasarkan laporan berita, bilangan yang biasanya ditawarkan sebanyak antara 12 dan 18 Super Hornets, dengan Malaysia memilih pesawat satu tempat duduk.


"Kami turut menyediakan penyertaan industri (dan) jika kami mempunyai rakan industri di Malaysia, seperti Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd, yang membekalkan komponen untuk pesawat komersil, kami boleh mengkaji untuk mendapatkan rakan usaha sama bagi pengeluaran komponen Super Hornet," katanya dan menambah bahawa ada kemungkinan untuk mengeluarkan komponen pesawat pertahanan di peringkat tempatan untuk pasaran serantau dan antarabangsa.


Boeing baru-baru ini memperoleh kontrak pemerolehan bernilai US$15 bilion untuk membekalkan 124 Super Hornets kepada tentera laut Amerika Syarikat, yang menurut Muilenburg, merupakan keyakinan terhadap pesawat pejuang itu.
Sumber : flowersofination, mstaronline,Boeing






Petikan dari Utusan On Line..
"Mengenai perolehan baru, beliau memberitahu, TUDM merancang untuk memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi semasa . Bagi tujuan itu katanya, satu pasukan penilaian telah ditubuhkan untuk mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenal pasti terutamanya pesawat pelbagai peranan F-18F Super Hornet buatan Amerika Syarikat (AS).
"TUDM mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat F-18D Hornet dan kita sedang mengkaji faktor keupayaan pesawat F-18F Super Hornet yang lebih canggih daripada pesawat berkenaan," katanya. Rodzali menambah, pada masa yang sama, TUDM turut meneliti beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya.

Minat TUDM terhadap F-18F Super Hornet itu terserlah kerana pesawat berkenaan mempunyai kemampuan yang tinggi sama ada untuk serangan darat, maritim dan udara selain telah terbukti keampuhannya dalam beberapa konflik sebelum ini. Malah, jika ia menjadi kenyataan, Super Hornet akan menjadi gandingan mantap kepada pesawat strategik sedia ada, Sukhoi Su-30MKM, khususnya bagi tujuan memusnahkan kapal perang dan pesawat musuh.


Dalam pada itu, TUDM kini juga sedang berusaha untuk memperoleh pesawat Sistem Amaran Awal dan Kawalan Udara (AWACS) melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memperkukuhkan lagi pertahanan negara.


Ini kerana dengan keupayaan memantau ruang angkasa dan daratan pada jarak kira-kira 350 kilometer, pesawat berkenaan adalah sistem pertahanan masa kini yang perlu dimiliki untuk bertindak sebagai 'mata dan telinga' di udara.

Rancangan perolehan ini telah dipertimbangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 10 tahun lalu dan beberapa pesawat AWACS generasi terkini antaranya dari Sweden, Brazil dan AS telah diuji oleh TUDM."





p/s: Dok tunggu juge berita pengganti Nuri...tapi macam dah senyap je...aduhaii, jangan tunggu jatuh lagi baru nak meletup.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved