Panglima Awang Hitam @ Enrique The Black

on 02 Disember 2010

Salam semua sahabat...


Entri kali ni tah nape lak, tetibe jek nak share tentang kisah 
Panglima Awang Hitam..."errr sape lak mamat ni sebenornye yekkkk!!!"
banyak gelaran sebenarnya untuk seseorang yang agak kelabu sikit sejarahnye nih..


"Pada tahun 1995, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semasa siri lawatan ke Amerika Selatan iaitu Argentina, Chile & Brazil telah memberi ucapan dan mengatakan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu yang beliau sebut 'Henry The Black'.
Melalui teknik googlelan aku,terdapat juga beberapa nama lain bagi 'Henry The Black'


1. Awang or Panglima Awang Hitam
2. Panglima Awang Hitam or Panglima
3. Panglima Perang
4. Panglima Melaka
5. Henry The Black or The Black Hand
6. Awang Hitam or Awang Tangan Hitam
7. Hamba Perang Melaka or The Rebel
8. Enrique or Enrique de Malaca
9. Enrique of Malaca or Malayo
10. Henrique or Henrich
11. the Malaccan slave of Magalhe's served as interpreter or The interpreter
12. The Magellan Servant
13. The Loyal Servant
14. Magellan Loyal Servant



Panglima Awang Hitam ni pernah mengikuti rombongan pelayaran Ferdinand Magellan dalam misi untuk mengelilingi dunia. Nama beliau ada tercatat dalam buku/jurnal pelayaran Ferdinan Magellan."









Nama Panglima Awang Hitam diberi/digelar oleh Harun Aminurrashid melalui karya beliau sekitar tahun 1958. Beliau seorang guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris.


Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.

Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. 



Bagaimanapun,Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat (tidak termasuk P.A.H) kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Kemana Panglima Awang Hitam ni pergi??? 
tak dapat dipastikan..

18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau CebuFilipina.
Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino dan mungkin juga beliau seorang Sumatera.
Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan. Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu. 
Dikatakan UKM turut mengkaji tentang Panglima Awang Hitam ni. Bagaimanapun hasilnya masih belum diketahui.
Jadi siapa sebenarnya Panglima Awang Hitam?? Tetap lagi menjadi tanda tanya. Sama ada beliau benar2 wujud atau tidak,aku pun tak berani nak cakap.
Ape pun diharap ada pihak2 tertentu berusaha untuk mengenali lebih jauh Panglima Awang Hitam atau Enrique The Black sekaligus menghuraikan rahsia sebenar beliau.
Untuk pembacaan lebih lanjut..silalah ke sumber2 aku nih...
Sumber: Cari Forum
                  alonganaz
                   redfapet
                  malayahistory
                  wikipedia
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved