KLIMS 2010 (3~12 Dis 2010)

on 30 November 2010


Salam semua,
KLIMS 2010 bertempat diPWTC akan bermula Khamis nih...
Dengan adanya KLIMS ni, para pengeluar automotif tempatan akan merebut peluang untuk mempamerkan kereta konsep dan juga kereta2 terbaru yg akan dilancarkan. 
Naza umpamanya akan melancarkan Kia Sorento 2011  (SUV) edisi yg terbaru..
Begitu juga dengan Perodua yg dengar khabarnya akan mempamerkan "myvi edisi terbaru" beserta dengan kereta konsep mereka.

Paling besar yg mengambil bahagian tidak lain dan tidak bukan PROTON.
Dengan 20 buah kereta termasuk beberapa kereta konsep,pengunjung pasti teruja untuk melihat sendiri barisan model2 terbaru disana.
Menurut Syed Zainal, petak pameran di KLIMS 2010 akan turut mengetengahkan hala tuju Proton di masa depan, sekali gus memberikan para pelawat maklumat beberapa kecanggihan teknologi terbaru dan kenderaan yang sedang dibangunkan. “Bidang utama yang kami ingin profilkan juga ialah pemilikan teknologi. Kami berharap para pelawat boleh melihat, memahami dan menghargai aplikasi yang melangkaui perekaan model-model kenderaaan baharu,” jelas beliau.
Dipercayai model terbaru saga (facelift) turut dipamerkan setelah dilancarkan di Thailand baru2 ini.

Jom kita pergi ramai2...hehehehe...






Lucky draw turut diadakan dengan hadiah yg lumayan...Prius dan Saga(2 buah)..


Tiket yg ditawarkan ...(KLIK)
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved