Jelajah Proton 1 Malaysia di Batu Pahat 27 Dis 2010.

on 07 Januari 2011

 Jelajah Proton 1 Malaysia? Satu perjalanan, satu bersama Malaysia. Apekebende nyer tu yekkk...!!!

 Pertama sekali dari sudut pandangan aku yang tak rasmi ni,ianya diadakan bersempena dengan ulangtahun Proton yang ke 25. Proton juga mempamerkan sedikit sebanyak demo dan autoshow berkonsepkan mini yang mana ianya mampu mendekatkan Proton dengan orang ramai. Proton Edar cawangan turut membuka booth jualan dan pameran seandainya pengunjung ingin bertanyakan/membeli kereta2 Proton. Pihak merchandise rasmi Proton juga turut menjual pelbagai barangan dari baju hinggalah ke keychain. Manakala I-Care turut menawarkan pemeriksaan percuma keatas 18 item yang terpilih.


Jelajah ini juga turut melibatkan  ahli kelab kereta Proton yang rasmi dan berdaftar dengan pembabitan mereka pada acara konvoi. Sememangnya pada kacamata aku ahli2 kelab kereta Proton sangat berpuas hati dan teruja sepanjang masa kerana kenderaan mereka sentiasa diiringi pihak Polis sepanjang 2 minggu tersebut. Jadi "raja" tu beb......


Mengenai Jelajah ini pulak, dari sudut pandangan orang ramai yang telah  aku interview... (he3!! Berangan la plak...),mereka agak terkejut kerana sememangnya mereka tidak pernah didedahkan dengan informasi yang ada di Proton. Jadi pameran ini sedikit sebanyak memberikan mereka input  disamping memberi persepsi/pandangan positif kepada Proton.


Kali ni  bertempat di Batu Pahat di Dataran Penggaram, 27 Dis 2010 misi Jelajah 1 Malaysia Proton ini masih lagi berbaki 3 tempat. Maknanye aku dan rakan2 di Advance Team still kene kejar untuk kerja2 preparation dan juga standby terutamanya pada sessi penerangan anak2 yatim di setiap tempat2 yang dilawati,  juga untuk para pengunjung.


Perubahan ketara pada kali ini ialah jadual pameran yang telah bertukar dari jam 10.00am-6.00pm kepada  2.00pm-10.00pm. Berlokasikan ditengah2 bandar Batu Pahat, merupakan tempat yang sangat2 strategik dan memang dikatakan menjadi tumpuan warga Batu Pahat untuk berehat bersama keluarga.


Tambahan pula para peniaga turut memeriahkan suasana dengan pelbagai aneka jualan. Meriah bebb...macam2 adaaaaa.....


Jom kita layan gambar2 yang sempat aku snap.....

 yeahhh....banner dah naik dahh...
Maknenye.....kerjaaa...kerjaa...kerjaaaaaa

 Dirasmikan oleh Sultan Johor sendiri...

 Tangan,batu dan pahat...simboliknyerrr!!!

 Ready???....gooooooo....
(Ezora hybrid...fully electric tuu...)

 Buat le ape yang patut dulu yekkk...
(Engine CPS yg boleh bergerak dgn kuasa elektrik..)

 Aku punnnn....routine nihhh...he3!!!!
2 buah keta yg wajib aku pastikan kekilatan dan keadaannya sblm pameran bermula..
Sang Jebat dan Sang Kasturi,jangan "ko" derhaka ngan aku udahhhh...kaco nanti wehhh.

 Wahh...tokey x de,korang jadi modeller yekkk...bebaik dikk...tajam tu!!!
Hmmm...cerahh mase depan bebudak nie..ha3!!!
Errrr.....anak sape yg ilang ni wehhhhhhhhh????

 Antara gerai yg ada...kat sini aku sopin bantal la plak...he3!!!
murah...murah...sayangnye x amik pic la plak.

 Makin malam makin ramai...pehhh,x larat aku nak melayan dahh
(derang pun tgu konsert je nihh,tgu Amy Search laa tu)

 Ha3!!! Mamat ni pun cibuk2 nak bergambau ngan Jay-Jay gakkk

Alhamdulillah,semer dah settle. 2 tugas telah berjaya diselesaikan. Nasib baik perjalanan pun dekat gak. Banyak perkara yang aku temui dan belajar terutamanya bila berdepan dengan orang ramai. 

Setiap tempat baru,pasti terjumpe dengan perkara2 baru juga...Pengalaman yang berharga buat aku,terutamanya terjumpa brader2 yang dah belajar di dalam bidang design tetapi gagal menempatkan diri di bidang tersebut. 

Rezeki masing2 ye takkk....mana tau bidang lain menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding bidang yang mereka belajar. Perkara macam tu biasa bagi aku....x heran nooo...Aku bagi contoh laa,peniaga...Pehhh..... silap2 hb memang masyukkk,tapi kene dengan caranya laa,kalau tidakkkk....wassalammmmm......he3!!!!


Pehhh...dah penat dah,sumer mende pun dah settle, soooo.....
Drivers!!! start your engine....jom gi ke Melaka!!!

(Tuah lari pasal Jebat dan Kasturi dtg nak menjajah kat sana...ke3!!!)

Ikuti sambungan aku di Melaka nanti......
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved